Monday, December 24, 2012

Cerita Tentang Satu Ikhlas.




Assalamualaikum semua.
Jawab sayang, tak jawab ginduu. (euwww haha)

Saya nak bercerita tentang ikhlas. Eheee.
Tetiba tadi dapat idea kan.
So, baik tulis terus. Hewhew.

Saya nak cerita betapa hebatnya ikhlas itu.
Okay.
Semua orang maklumkan yang ikhlas Allah saja yang tahu, 
ikhlas umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam gulap gulita dan bla bla bla..
Kan kan?

Maka, di sini saya ingin menceritakan lagi tentang betapa ikhlas itu dapat menarik rahmat Allah, menjemput kasih sayang Allah, betapa ikhlas itu sangat bernilai dan amat rahsia sehinggakan malaikat yang boleh mengira berapa banyak buih di lautan yang pernah wujud dari zaman nabi Adam dulu sehingga kini pun, tidak dapat mengetahui apakah seseorang hamba Allah itu ikhlas dalam melakukan amalnya atau pun tidak.

Sangat hebat, bukan?



----

Zaman dahulu, ada seorang pemuda ni, dia bukan sesiapa lah kan. Dia mungkin seorang pemuda yang biasa dan amat biasa. Atau mungkin seorang pemuda yang jahat sebab mungkin dia seorang pencuri. Saya kurang pasti lah. Huhu. Tapi kononnya nama dia Yunus lah..

Suatu hari Yunus lalu di sebelah sebuah rumah, masa tu dia terdengar perbualan antara seorang suami dan isterinya.
----

Suami : Saya nak carikan suami buat anak kitalah. Nampaknya anak kita sudah boleh dinikahkan.

Isteri : Bagus juga cadangan awak tu. Tapi macam mana awak nak cari dan pasti yang bakal menantu kita tu  betul-betul baik untuk anak kita ni?

Suami : Ermmm. Macam ni, saya rasa saya akan memerhatikan pemuda-pemuda yang datang ke masjid setiap waktu selama 40 hari berturut-turut.

----
Kebetulan Yunus belum pun berkahwin. Dia pun terfikir-fikir.

“ini peluang baik ni. Baik aku datang ke masjid setiap waktu. Alah.. 40 hari aje.. lepas kahwin bebaslah aku”

Lepas tu, setiap hari lah si Yunus ni dating ke masjid, dengan harapan pak cik tadi memerhatikanlah kebaikan dia ni.. 

Hari kedua.. ketiga.. keempat… dan seterusnya sampai lah hari ke-39. Tinggal satu hari sahaja lagi dia punya lakonan..

Tiba-tiba, terlintas dihati dia..

“eh, kalau aku buat semua ibadat selama 40 hari ni dengan ikhlas kan bagus, dapat pahala, dapat redha Allah, tak lah sia-sia semua yang aku buat.. ALLAHU AKBAR….“ T.T

Lepas tu dia menyesallah kan atas semuaaa ibadat dia yang tidak kerana Allah tu..
Dia buat semua tu untuk dapat kahwin dengan seorang perempuan..

Jadi, si Yunus ni dah tak bertujuanlah untuk dapat kahwin dengan perempuan tu. 
Ibadat dia tertumpu hanya pada Allah. 
Seikhlas –ikhlasnya.

Sooooooooo…
Apa jadi? Hehe..

Dengan ikhlasnya si Yunus ni pada ibadat dia yang sikit dan singkat tu, Allah memberi rahmat kepada dia, Allah telah menghadiahkan dia dengan seorang isteri daripada keturunan yang baik dan solehah.
Maksudnya dia padatlah kahwin dengan perempuan tu (walaupun itu bukan tujuan dia lagi dah), berkat ikhlasnya amal dia tadi..

So, dapatkah anda mentranslet cerita ini dalam hidup anda?
marilah kita ye sama-sama menjadikan cerita ini sebagai tauladan dalam hidup kita..

#Cerita ni mungkin banyak perbezaan dari cerita asalnya. Sebab dah lama saya dengar cerita ni. Nanti kalau ada yang nak betulkan, saya boleh je betulkan. Terima kasih! :)

Doakan saya. 
Thank You!


No comments:

Post a Comment