Monday, December 3, 2012

Nak pilih nama blog!



Bismillah..
Assalamualaikum.. J

Ni nak cerita tentang nama blog ni je. Hehehe..
Saya ada 2 pilihan pada mulanya,
Istana Nabi Sulaiman dan Sirtu wannaila.



Kenapa ek?
Mula2 nak pilih yang pelik sikit..
Biar best lah kan.. hehehe..

Lepas tu mestilah kena ada maksud tersirat kan..
Kata belajar balaghah.. gunakan lah. haha :P
2 2 nama tu pun berkaitan dengan ilmu.
Istana Nabi Sulaiman kan banyak harta karun kan..
Jadi, ilmu kat blog ni macam tu lah..
Banyak dan berharga..  insyallah..
Hehehe. :3

Sirtu wannaila pulak,
Secara zahir bermaksud ‘saya berjalan dan Nil’.
Maksud kalau dah diteroka balaghahnya semua tu,
Saya berjalan disepanjang Sungai Nil.
Wau kat sini bukan wau ‘atof, tapi wau ma’iyah. Haaa..
Means, saya lalu @ jalan tu, kat tepi saya ada Sungai Nil lah sepanjang2 perjalanan saya tu.
Sungai Nil kan besar kan..

Saya ambil besarnya Sungai Nil tu untuk memaksudkan banyaknya ilmu kat sini. Hehehe..
So, dalam hidup , saya sentiasa cuba mencari ilmu2 kepunyaan Allah yang banyak tu..

Dan akhirnya?
Markonah (nama manja saya kepada Sakinah, adik saya :D) mencadangkan lebih baik pilih istana Nabi Sulaiman. Sempoi sikit. Heee..

Saya lebih tertarik dengan Sirtu wannaila sebenarnya. Haha.
Tapi disebabkan blog ini bukanlah terlalu syadid dan terlalu complicated, saya pilih istana Nabi Sulaiman. J

Lagipun, nama ni pertama terlintas dalam fikiran saya.. heee.
Selamat berkenalan dengan Istana Nabi Sulaiman..

Doakan hidayah buat saya.
Thank You!

No comments:

Post a Comment