Thursday, December 13, 2012

Cerita Tentang Iman



Assalamualaikum..

Apa khabar iman saya?
Apa khabar iman kalian?

-Iman? Apa itu iman?

Ohhh. Iman itu percaya. Iman itu yakin. Yakin seyakin yakinnya dengan Allah.
Bagaimana? Saya yakin? Anda yakin?
Mari kita check semula..

Hari ni, 
Kita cerita iman mula dari zaman permulaan islam dulu.

-Kenapa mula dari situ? 

Sebab orang-orang lama dulu dah buktikan, dengan iman mereka jadi cemerlang.
Ingat tak yang nabi Muhammad dakwah di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun?
Kenapa dakwah di Makkah lebih lama daripada dakwah di Madinah?

Ramai orang akan jawab, sebab di Makkah adalah fasa permulaan, kesusahan..   
dan Madinah pula fasa keteguhan, fasa menyebaran.. kan?

Ramai yang baru Nampak (saya lah tuu =..=) bahawa di Makkah adalah fasa pembinaan iman.
See? Haaaa.. 

Pembinaan. Iman. 

Proses membina semestinya proses yang sulit.. sebab kita mula dari kosong. Kan?
Lagi lagi cerita tentang iman. Pembinaannya lebih lama daripada mengukuhannya. 

Kalau kita tengok ayat ayat yang turun di Makkah. 
Semuanya Allah cerita tentang nabi nabi  terdahulu bersama umat umatnya, tentang kebesaran Allah, tentang syurga dan neraka, nikmat untuk orang orang yang beriman, ancaman bagi orang yang ingkar, dan macam macam lagi lah ayat ayat yang sewaktu dengannya...
Tapi, bila kita fikir balik, umat islam masa di Makkah dalam fasa penindasan kan? 
Tapi Allah tidak menurunkan ayat berkenaan wajib berperang atau sebagainya pun kan?
Malah, bila ada yang nak menuntun bela atas kematian Sumaiyah, Nabi halang. 

Apa hikmahnya semua ini?
Semuanya tentang iman. Pembinaan iman. Pengukuhan iman.


Allah sedang tarbiah iman Nabi.
Allah sedag tarbiah iman manusia.

Allah membina iman (yakin) mereka dahulu, sebelum mengarah mereka untuk melaksanankan arahan arahan dan tanggungjawab yang pelbagai tu..
Secara tak langsung, mereka tabah dalam keyakinan mereka terhadap Allah.
Sebab bila mereka berasa susah, derita, sengsara, yang menjadi penghibur adalah berita berita dari syurga, janji janji Allah dan balasan baik bagi yang gugur syahid.. 
Waktu itu, mereka dididik untuk yakin dengan Allah 100% walaupun hingga hujung nyawa.. :’)

Maka, muncullah manusia manusia hebat pada zaman itu, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Bilal bin Rabah,  Sumaiyah, Siti Khadijah dan ramai lagi sahabat dan sahabiah r.ahum.

Mereka semua yakin dan sangat sangat yakin bahawa ALLAH PASTI MENGGANTIKAN KEPADA MEREKA SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG MEREKA KORBANKAN.

Allahu Akbar. 
Bagaimana kita?
Sama jugalah seperti hari ini.
Semuanya tentang iman.

Kalau dulu, hebatnya islam sebab iman. Kalau hari ini, jatuhnya islam juga sebab iman. Kan?

Cuba renungkan,
Kenapa manusia hari ini ramai yang tidak mahu lagi melakukan kebaikan, meninggalkan arahan Allah, melakukan larangan Allah, walaupun telah diajar , diajak, ditunjukkan bukti, di apa lagi ye? Semuaa di lah. 

Kenapa?
Jawapannya iman. Sebab permasalahan iman tidak diselesaikan. Didikan iman itu..

Salah siapa? 
Tidak perlu tuding jari sana sini, hadapi masalah seperti orang dewasa. Bukan kanak-kanak.
Kalau kita seorang ibu atau ayah, kitalah yang salah. Kerana pendidikan bermula daripada rumah.
Kalau kita guru, kitalah yang salah. Kerana tugas guru bukan sekadar mengajar. Bahkan mendidik.
Kalu kita seorang anak, atau seorang pelajar, atau seorang kawan, kitalah yang salah. Kerana kita tidak menyampaikan, tidak mengajar, dan tidak mengajak. Itu hak muslim kepada muslim yang lain.
Kalau kita ini adalah kita sahaja sekalipun, kita lah yang salah, sebab kita tak mahu memahaminya. Tidak mahu menunaikannya.
Siapapun kita lah yang salah. 


Dan, iman bukannya boleh didapati dari pengajaran kelas semata mata, atau dari atas tanah, kita kutip. Bukan.
Ia memerlukan praktikal. Latihan. 

Diri saya. Diri kamu. Diri seorang manusia. 
Perlu dilatih utnuk meyakini Allah dalam setiap hal, setiap ketika, setiap keadaan, setiap tempat.
Itulah yang berlaku pada Nabi dan para sahabat.. Allah berfirman dalam surah al Baqarah 2:214:

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Nampak tak? Sampai diakhirnya pun Nabi  dan sahabatnya masih minta bantuan dan pertolongan Allah. Bukan dari yang lain lain. Inilah iman. Yakin. Percaya. 

Teguhnya iman mereka yang membentuk kekuatan mereka. Dari mana kekuatan itu?  Semestinya dari Allah..
Akhirnya kita faham bahawa Allah mendidik iman sahabat sahabat supaya mereka faham. 
Kenapa sesuatu arahan itu perlu dilaksanakan. Bukannya hanya sekadar sia sia..
Dengan imanlah mereka yakin semua ini, mereka faham semua ini, sesungguhnya Allah tidak sekali kali akan mengkhianati mereka..

Maka, bila turunnya ayat ayat hokum, contohnya solat, puasa dan lain lain tu, mereka taat tanpa banyak soal. Sebab mereka faham. Mereka yakin.

Kalau kegemilangan islam yang lamanya selama 1400 tahun permulaannya adalah iman, permasalahan dunia hari ini juga bermula dengan masalah iman.
Kita yang sedar, ayuh kita bangkitkan minda yang lama terperuk. 

Betulkan iman, perbaharui iman!
Nabi ajar kita perbaruhi iman melalui hadith ini,


Yok semua! 
Saya seru kepada diri saya terutamanya. 
Semoga sampai apa yang nak disampaikan.

Doakan saya,

Kerana Allah
Thank You!

No comments:

Post a Comment