Thursday, December 27, 2012

Cerita Tentang Seekor Unta.

Assalamualaikum semua ..

Sihat kan semua? Say Alhamdulillah. ;)

First of all, saya nak bagi hadith dulu yep.

"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." 
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Ahaa. You got it?
-Yes. I do.

Kita dapat lihat ye tuan-tuan dan puan-puan, betapa unta ini sangat tenang. =..=
Yes. Unta binatang yang sangat tenang. 



Saya bagi contoh (related to my story mory) :

KES 1
“Aku malas lah nak simpan laptop ni. Ala... Tak ada orang ambil punyaa. Biar je lah kat situ..”

KES 2
“Aku rasa aku kena ibadat sepanjang hari sepanjang malam lah. Aku banyak dosa sangat sangat ni. Aku tak payah kerja. Rezeki allah yang bagi. Anak isteri pun sama. Allah kan dah tetapkan rezeki kita. Maksudnya adalah tu rezeki kita. Tak apa.. kita tunggu je..”

KES 3
“Aku belajar ke tak belajar ke sama je. Kalau Allah nak tolong, Allah tolong jugak masa exam tu. Jadi, tak perlu baca apa-apa lah. Nanti doa aje kat Allah. Insyaallah, ada bantuan”

See?
Mesti usaha dulu baru tawakal.
-Means?

Yeah.
Kena simpan laptop dulu baru doa dan yakin Allah yang akan selamatkan laptop itu.
Kena usaha atau kerja dulu baru doa dan yakin yang bagi rezeki itu Allah.
Kena usaha atau study dulu sungguh-sungguh, baru doa dan yakin yang Allah akan bantu dalam exam nanti.
Dan lain-lain.

Kita semua maklum kan perkara ini sebenarnya?
Okayyy. Saya saja je cerita. :p


Dan kita juga tak boleh langsung tidak tawakal kepada Allah.

Lihat ayat ini,

"Kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman" (Al-Ma-idah: 23)"

Ayat ini memberi penjelasan bahawa orang yang bertawakal itu sifat yang mesti ada pada setiap orang yang beriman.
Ahaaa. Maksudnya, kurang sempurnalah iman jika kita tidak bertawakal pada Allah.

Contohnya bila kita dah pass exam kan,
Haaa. Kita tak boleh cakap,

”Sebab aku usaha gila-gila lah ni aku berjaya. Ini semua sebab aku. Hebatnya akuu..”

Tukarkan ia kepada (lepas usaha eaa),

“Alhamdulillah, berkat usaha, rahmat dan pertolongan Allah lah aku pass exam ni. Terima kasih ya Allah.”

Haaa. See the differences? 

Semoga saya dan anda sedar ye yang kita kena jaga setiap inci percakapan kita.

Doakan saya.

Semoga kerana Allah.

Thank You!

No comments:

Post a Comment