Wednesday, December 19, 2012

Apa Kena Dengan Pokemon?



Assalamualaikum semua.

Kali ni kita cerita pasal kartun yok.
Bagi kita buka mata dan minda sikit.
Sebab dolu dolu kita suka kan tengok kartun kartun ni?
(saya tak saya tak :P)
Maklumat saya dapat dari buku yang bertajuk Metod Fatwa al-Qardawi  Dalam Menangani  Isu-Isu Semasa.
Ini yang versi bahasa Malaysia yee.
Hasil terjemahan Prof madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.


Emmm. 
Pernah dengar tak yang pokeman ni haram ditonton?
Saya pernah dengar dulu.
Tapi tak ta’kid sangat sebab dengar gitu-gitu aje. Tak ada bukti ke apa..
Tapi bila baca buku ni, ‘oh, rupanya fatwa Al-Qardawi..’

Okay, semua maklum kan pokemon tu yang mana satu?
Kartun colour kuning.
Dari Negara Jepun.
Ini dia,



Kartun ni sebenarnya cerita tentang satu permainan dan jampi mentera yang dijadikan pertaruhan oleh pemain-pemain dia.
So, mestilah ada pemenangan dan ada yang kalah. Kan? Bermaksud ada yang untung ada yang rugi.
Kenapa ia diharamkan?

1.       Permainan ini ada unsur judi dan pertaruhan yang diharamkan dalam islam.
Okay, judi telah Allah gandingkan sekali dengan arak, berhala, dan tenung nasib sebagai suatu kerja syaitanirrojim dalam surah Al-Maidah, ayat 90:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." 


2.       Permainan pokemon ni ada symbol-simbol dia sendiri yang membawa maksud tertentu.
Contohnya ye : Bintang bersegi 6 tu, ia ada hubungan dengan zionis dan pertubuhan freemason. Dan sekarang ia menjadi simbol negara zionis Israel.

Ada lagi 1 simbol tu yang ada hubungan dengan kepercayaan agama Shinto (dianuti oleh penduduk jepun kebanyakannya).
Dan bila kita fikir semula, semua symbol symbol ni akan bagi kesan buruk jangka masa panjang kepada para remaja dan kanak-kanak.



Dari segi pengharaman menonton filem Pokemon pula, Al-Qardawi  ada beri dalil yang lain, antaranya:

1.       Bahaya kepada islam sebab ia mengandungi teori Darwin yang terkenal dengan teori perkembangan iaitu perkembangan jenis makhluk yang rendah kepada ynag lebih maju dan lebih kuat. Sehinggakan manusia pun dikatakan berkembang dari beruk.

Kartun ini berasaskan kepada pengembangan dan peningkatan serangga. 
Perkembangan ini sering dilang-ulang dalam cerita untuk menanam teori perkembangan itu dalam fikiran kanak-kanak dengan mudah dan senang.
Bahaya kan? Kita sebagai bakal guru (bagi yang guru), atau bakal ibu bapa, atau paling kurang pun  sebagai orang yang tahu dan sedar, perlu memainkan perananlah bila kita dah tahu ni.
Kena banyak selidik lagi, banyak perhatikan kartun-kartun yang dah macam-macam sekarang ni..
Bukan dok melongo je menonton, sama dengan budak-budak yang tak faham tu..
Betul tak? Hee. (Mood: serius. :P)

2.       Bahaya kepada akal kanak-kanak, sebab penanaman khlayalan dalam akal dia orang tu tak ada asas sama sekali dan ia juga luar biasa dan tidak selari dengan sunnah alam universal ciptaan Allah.

Contohnya: pelbagai bentuk serangga yang pelik dan ajaib yang langsung tak ada unsur yang baik dari segi akli mahupun nakli.
Dan spatutnya kanak-kanak didedahkan dengan binatang-binatang yang ada disekeliling mereka. 

Allah pun ada berfirman kan,
Al-Ghashiyah:17


"Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?"

Antara bahaya yang akan berlaku dalam pemikiran kanak-kanak ni, mereka cuba meniru perkara-perkara khayalan yang mereka tonton.



3.       Bahaya kepada tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan jiran tetangga. Cerita ini menanam idea suka bergaduh dan kekuasaan akan kekal kepada yang berkuasa. Idea ini merupakan idea Darwin! Ia menyeru ke arah pergaduhan, kekerasan, dan pembunuhan dengan menggunakan apa sahaja senjata demi mengalahkan musuh atau pihak yang tidak sehaluan.

Kita boleh lihat kesan nya kepada kanak-kanak kecil di Amerika Syarikat yang sanggup membunuh kawan-kawan sendiri di dalam bilik darjah dengan cara melepaskan tembakan bertuli-tuli tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kawan-kawannya itu (kes terbaru yang 28 maut termasuk guru di sebuah sekolah di sana).
 _________________

Bagi pandangan peribadi pula, saya kurang pasti untuk kartun yang lain tau.
Mungkin juga sama, atau mungkin tidak.
Mungkin isu Pokemon sahaja yang dibangkitkan sebab masa dolu dolu terkenal sangat cerita ni, dan fatwa ni memang dah lamaaa keluar kan?
Jadi, awasilah setiap cerita yang ditonton oleh adik-adik kita, murid-murid kita, atau anak anak kita ye.

Kalau kuat semangat, buang aje TV kat rumah tu. :P
Sebab sememangnya TV memang merosakkan tumbesaran otak kanak-kanak.
(kita kalau tengok cerita cinta pun tertipu, meleleh-leleh.. apatah lagi kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.. kan?) heee.

Sekadar padangan.
Ada cadangan atau bantahan boleh je bagitahu.
Terima kasih yee.

Doakan saya.
Kerana Allah. 

No comments:

Post a Comment