Monday, April 7, 2014

GIVEAWAY BY AISYAH ASSIDDIQAH


Assalamualaikum.

Saya nak buat giveaway untuk pertama kalinya. Jom ajak kawan join reramai..


Syarat syarat : 
1. Malaysian.
2. Follow blog saya dengan ikhlas :p
3. Buat entry pasal giveaway ni dengan tajuk yang kat atas tu.
4. letak banner ni sekali, pastu link kan dengan entry saya ni.
5. Letak url entry anda dalam comment box saya, nanti Saya akan publish.

Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tamat yang dinyatakan di atas. 


Saya cuma sediakan satu hadiah jer, nak tengok penerimaan bloggers2 lain dulu. Hehe. Hadiah yang disediakan adalah pendrive 8 gig  tauu, bukan camera. Cuma bentuk dia camera, so cute kann. Kalau buleh kito pom nok gok, tapi dop buleh plop. 

And pemenang saya akan pilih secara random. So sesiapa yang jadi pilihan Allah tu dialah yang dapat hadiah pendrive ni ye.

Sila gunakan untuk benda yang bermanfaat, kepada sesiapa yang dapat sebab penat haku pikiaq hadiah apa yang bagi manfaat pada korang ni huhu

Good luck semua.
Solat solat hajat sikit, duha sikit, kot kot Allah pilih ke kan. 

Thank You
For the pleasure of Allah 
Assalamualaikum. 

Sunday, April 6, 2014

I Got Roses Form Fiancee!

Assalamualaikum.

Aku selalu macamni,
Banyakknya nak tulis yes yes yes,
Bila dah tulis satu entry.
Eh tadi apa ek lagi citer aku nak tulis? -_-

Hehe.
Tak apa lah.
Calm down.
Menulis untuk diri sendiri.
Tara masalah punya.
Kite bukan nak glamour pom. Hihi

Aku nak bagi kata kata sikitlah untuk diri sendiri.
Ehehe.
Okay,

For you A’ISYAH sweets.
You are lucky being yourself.
Please say Alhamdulillah.
Please say it again and again.

Sweetie,
Salah satu sebab u kena ucap Alhamdulillah adalah,
Sebab ada seseorang loves you so much.
Who?
Someone laaa.
How you know?
Of kos I know,
After 6 month ++ we being together.
I being his fiancée.
I know lah how..

Yelaa sweetie.,
u nak marah u marah.
U nak sembor u sembor.
Tsk tsk. Sorry..

Thanks my future.
Terima saya seadanya.
Saya tahu saya teruk.
I know.
But I buat buat tak tahu.
Kalau I sibuk sorry sorry sorry, I salah, I tak layak, I ni, I tu.
Mesti hubungan tak ke mana kan.
So I move on la hehe.

Emmm.
I just wanna thank u je untuk post kali ni.
Yang lain lain,
Bila bila I free and rajin I type kay.
Hehe.



Ni bunga hadiah dari tunang kite.
Satu hari : Eh awak, saya belum pernah bagi bunga lagi ek kat awak?
Aku : Tau x pe. Cehh
Tunang : Aah, saya lupa la.. ( buat bodo..)

Satu hari yang lain, bla bla bla.
Aku duduk bilik oraang lain masa tu, buat kerja.
Balik bilik sendiri malam.
Masa balik bilik tu tak de apa apa lagi,
Bila aku keluar kejap dari bilik, masuk balik, (eh ko paham tak aku tulis ni apa hahah aku pun pening @.@)
Sekali masuk bilik ada bunga dengan pasu pasu kau haa.

Ceceeh, masa tu aku mula laaa
Konon2 mencari , eh siapa ye yang letak bunga ni tau tak tau tak?
Hahah.
Fiza rupanya. Kesian dia tunggu aku lama..
Rupanya tunang kata jangan letak bunga tu dulu, sampai aku balik bilik.
Sian jugak kat bunga sebab lama nooo menunggu aku sampai layu.
Alololo.

Lepas dah happy happy tu aku pun cakap : Terima kasih awak bagi bungeeee hee.
Tunang : sama sama..
Aku : Eh tapi nape ea awak belikan bunga dengan pasu pasu sekali?
Tunang : Bagus apa, jimat.. beli yang tak de tanah tu mahal, nanti layu. Mati gitu je..Yang ni awak boleh jaga. Nanti dia bunga lagi, bunga lagi hahahha
Aku : Cisss. -_-

Okay, terima kasih tunang yang bijak. 
tettt


Tunang : Eh pandai jugak awak amek gambar ek?
Aku : Of kos okaaaay 8)
Tunang : Eleh. -_-


Okay, itu sahaja.
Sahaja aku ingin berkahwin kerana ALLAH.
Ameen.

Doakan kami ye uolls.
Love Allah more.

Bye,
Assalamualaikum.


Certain Day Talking : Busy Time Tamat!

Assalamualaikum..

Hai hai hai…
Winduuuunyeeee saya kat awak..
Dah lama tak bukak awak kan blog uwaaaaaaaaaaa
Ok stop.

Cenggini.
Sebenarnya aku baru je habis KKP a.k.a assignment yuhuuuuuuu
So minggu ni aku balik rumah sebab banyak benda kena settle.  
Biasalah orang busy kan :p

One of the benda yang kena settle adalah aku kena bagi Shaklee ibu aku.
By hand ok hehe. Sebab Shaklee nya sampai ke IPG.
Aku harus pulang lah jika begitu kan..
So sesiapa yang nak order Shaklee, boleh mesej atau wasap, yang lain lain dah tak pakai.
Susah la banyak sangat.








Anytime tau boleh Tanya or order, walaupun iklan oleh aku sudah berkurangan disebabkan kekangan masa tsk tsk.
Aku akan reply , don’t worry.
Cuma aku mungkin terlat sikit sebab kadang kadang banyak kerja.
Student kan.
Harap anda semua faham ye my dearest.


So minggu lepas lepas memang sangat packed.
Lepas je PBS iaitu program jenguk jenguk sekolah hihi, aku cuti seminggu.
Dok rumah.
Orang dok rumah seminggu je. Aku dua minggu.
Sebab aku buat PBS kat rumah.
Untuk kali yang ketiga. Huhu. Takpe. Rumahku sorgaku kan.
Kali ni aku buat dengan Balqish, my sweetie room mate.
Jap jap bagi bukti,


Ni lah Balqish yang dimaksudkan ....

Yang ini pula muka aku, 
yang dah serabut serabai hehehe


So bla bla bla,
Cuti..
Cuti tak de benda pun aku buat.
Memanjakan diri.
Aku sentiasa memanjakan diri.  Cisss hahah

Bukan, aku nak prepare apa apa yang patut untuk hari ITU  pun tak reti.
Tahu je lah aku mana reti buat apa apa. Sobs.
Yang pandai buat semua si Markonah ku yang jelita tu.
Dia pandai buat seeeeeemua.
Nanti kalau uolls datang majlis ITU,
Korang tengok semua perhiasan ke susun atur ke apa kat rumah aku.
Tak payah tanya, eh siddiq kau ke yang buat. Tak payah. Ingat tu.
Jawapannya simple. MARKONAHHHHH.
Yess. Betul. Semua Markonah buat.
Dan ibu aku lah ofkos.

Tapi kan,
Aku memang pelik lah adik aku kinah ni.
Kreatif betul dia.
Lepas tu tak jemu pulak tu.
Pelik pelik pelik.
Aku bagi contoh simple ea.
Dia design baju aku.
Bila dah siap baju tu, tetiba ada lah sikit problem.
Yela, tukang design ngan tukang jahit orang yang lain lain kan, biasa lah.
Aku : alaa, okay lah tu. Pakai je..
Dia : eh eh tak boleh. Hantar balik. Oter (tak tahu ejaan) balik. Oter balik.
Aku : mengapakan dia tidak berasa penat dan jemu? Apakah ini semua? Aaa tidak tidak … (dalam hati je la ni.. )
Over nye.

Contoh kedua , tudung.
Aku nak buat tudung aku nanti simpleeeee je, but special. Of kos lah kan.
Aku tak nak nampak serabut sangat.
Tiba tiba dah buat nampak macam complicated sangat la muka aku ni,
Aku pun dengan lemah semangatnya cakap : ahh x pelah, pakai jelah. Kalau serabut sangat kita pakai tudung sekolah. Kina simpan lagi kan tudung sekolah dulu.?
Kinah : err ada. Tapi mana tah. ( tengok aku dengan menyampah)
Tiba tiba nada suara tinggi ,
Kinah : EEEhhh mana boleh, sukati aje. Takde takde. Buat jugak. Cantik. Cantik. Jangan risau.

Dan banyak lagi lah episode yang seakan akan macam tu, dia ni tak putus asa betul lah haha.
Bagus markonah.
Yang paling bagusnya bukan part aku cerita cerita tadi,
Tapi part ni,
DIA BUATKAN SEMUA.

Haa, kau. Sujud syukurlah siddiqah oiiii.
Seriuslyyy dia buat semua.
Aku tak paham lah markonah ni.
Dia tak rasa penat ke?
Dia tak rasa bosan ke?
Ce jawab.
Aku tak nak menyusahkan dia sebenarnya, sebab macamsusah je nak buat,
Bagi aku lah.
Jahit jahit ni macam complicated je bagi aku.
Kena terbongkok2, kena focus, kena bla  bla bla.

Tapi bila aku Tanya ibu,
Ibu jawab simple je.
Dia minat.
Aku : Aah ek.

Haha.
Rasa nak bagi hadiah pulak kat dia.
Tapi tak tahu nak bagi apa.
Bagi idea please.
Benda yang dia suka benda mahal.
Sila bagi idea pleaseeee.

So minggu ni kan aku balik kan,
Tahu tak apa jadi?
Tahu tak? Tak  kan tak kan.?
Bilik aku dah siap.
Perghhhhh markonah superb.
Terkejut aku.
And lagi satu,
Kalau uolls datang nanti, tengok pelamin ngan bilik pengantin macam cantik je macam comel je,
Tak payah Tanya tau tempah dari bridal mana,
Sebab aku memang tak ada sewa apa apa dari mana mana bridal, kecuali catering dengan khemah. Yang lain lain semuanya dari TANGAN MARKONAH.

Memang superb.
Aku di sini ingin menyatakan kesyukuran kepada ALLAH.
Ya Allah, terima kasih kerana memudahkan urusan aku.
Semoga dengan kemudahan ini,aku menjadi orang yang lebih banyak bersyukur kepadaMU ya ALLAH.

Itu sahaja.
For the pleasure of allah.

Love kinah.
Byee.

Eh lupa nak cakap,
Markonah dah ada yang cop.
So sorry :p

Ok. Aku rasa aku jahat sangat lah menggelarkan dia markonah.
Sorry guys.
Nilah cara aku berkasih saying dengan dia. Hihi.
Nama dia sweet jer, NUR SAKINAH.
Sorry tau aku panggil dia markonah. :3
Okay, di sini aku nak cakap, persiapan semua dah mula dah.
Dan aku takut gegegege.
Please help me ya Allah.
Uolls yang ada doa doa yang baik untuk aku amalkan please share ea.
Sebab aku insan biasa yang tak punya apa apa.

Eh serius ni.
I mean, I need support. J

Thank You!
kbyekbye.
ASSALAMUALAIKUM.