Searching for ......

Monday, May 5, 2014

Hari Pertunangan Ilyasiddiqah (13.10.13)

Assalamualaikum 

Hahaha. Tarikh yang dah lama dah tapi baru nak cerita
Aah, aku saja je cerita lambat lamabt sebab kalau cerita awal awal nanti banyak pulak cerita kurang enak didengar ke apa.
Sebab tempoh ikat kitorang lama
So bagi menjaga you ngan I sekali, kita cerita lambat lambat sikit
Macam aku cakap hari tu,
Biarlah basi di tarikh. Tapi tak pernah basi bagi aku hihihiii

Okay, bagi aku imbas kembali ye.
Bla bla bla bla dan,
Aku dengan encik tunang pun merancang untuk bertunang.
Sebenarnya dah lama jugak kami merancang.
Cuma disebabkan ada beberapa halangan seperti jarak yang jauh antara Terengganu dan Johor tu
Menyebabkan kami tunda 
Sebab tak nak menyusahkan pihak lelaki
So sampai lah cuti raya haji tahun lepas tahun 2013

Allah permudahkan jua akhirnya 
Alhamdulillah..

Kami buat simple simple je..
Kitorang pun student kan
Kami mengukur baju di badan sendiri lah


So inilah hasilnya,
Aku pun segan lah nak pakai baju cantik cantik sangat macam orang nak kahwin kan
Sebab kami pun tak lah rancang 

Tak rancang? Cane tu?

Oh ok macam ni
Kami rancang, you datang dulu rumah I and lepas tu kita bincang
Kalau keputusannya kita kahwin dalam 2 3 tahun lagi
Tujuan datang hari tu bukan bertunang lah,
Merisik je..
Tapi kalau kita bincang punya bincang dan setuju kahwin dalam masa terdekat ni,
Kita bertunang lah heheheh
As simple as that
So disebabkan aku masih lagi tak tahu apa yang berlaku pada hari tu,
Aku pun segan lah nak pakai kerawang kerawang bagai
Kang tak jadi bertunang, kau nak letak mana muka kau tu haha

Tapi aku okay jer dan bersyukur
Sebab aku rasa baju aku cantik (bagi akulah haha)
Aku pakai jubah masa raya hari tu
Lepas tu tudung aku baru beli dekat Tewah dalam The Mines hari tu bersama kawan kawan
Kami berempat semua beli kain tudung ni 
Warna dia aku suka
So aku rasa aku cantik dah ahahhaha

Tapi yang paling tak boleh blah sekali adalah
Kami punya baju tak sama colour masa bertunang tu 
Tahu tahu je lah aku ni perangai cemana
Aku bukan jenis yang teliti sangat aku rasa
Sama dengan encik tunang
Dedua lupa nak atur pakai baju bagi sama
Aku pelik sampai hari ni hahaha

Masa tu aku pakai baju colour merah merah
And encik tunang pakai baju colour hijau ke biru gitu

Apa daaaaaaaa

Nak tengok gambar tak hehe
Ada gambar tapi semua blur

Aku rasa dah perfect dah majlis tunang aku ni
Tapi silap kat gambar je
Ingat camera camera biasa handfone ni boleh menghasilkan gambar yang cantik
Yelaa semua guna ipong, tab, android dan sewaktu dengannya kan
So aku macam yakin lah jugak
Tapi tak setaraf rupanya dengan camera DLSR
Maka jadilah gambar gambar aku tak berapa jelas dan kena edit bagi nampak lobang idong sikit
Kalau tak gelap dan amat meyedihkan huu T.T

Kita dengan Markonah. Adik kita yang paling disayangi hihi

Nuha nape tak tengok cameraaaa


Ni masa mula mula Nyaie sampai rumah. Nyaie terkejut, pastu nanges pastu kita nanges sama sama T.T
Yelaa, masing masing terkejut dengan majlis kami ni haha.




Kina, ibu kita yang tersayang dengan Bik Yati tengah tengok kita disarungkan cincin :3

Tuuu kita 

Abaikan gambar orang yang terselit kat tepi tu ea :p
Yang baby ni adik ipar kita haha omey kan omey kan famili kitaa


Ni kita salam bakal ummi mertua kita. Cantik kan ummi kita
Harapnya cucunya pun cantik macam nenek dia hehehe


Tengok budak tecik tuuu, tak hirau pun apa berlaku sekeliling dia haha
Lantak pi la depaaaa
Yang comey depan sekali ni bakal kakak ipar kita. 
Nama kita sama Aisyah jugak
Tapi kak Aisyah bijak lagi sebab bakal doktor, kita cikgu jee...


Okaay, ni hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan.. 
Kita zaman moden takdan nak letak bakul bakul bagai.
Guna bekas cenggini je senang, lagipun boleh digunakan.
Bijak Ummi to be kita <3 haha


Ni last,masa rmbongan lelaki dah balik.. semua kelihatan berpuas hati dan bersyukur.
Aku? Exited wuuuuuu dah jadi tunang orang haha

Sekejap je exited pahtu duk takut takut nak jadi bini orang pulak haha


So now alhamdulillah..
Aku bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan kami
Lepas ni kita update pasal nikah pulak.

Kami mengharapkan doa dari semua pihak,
Guru guru, kawan kawan, saudara mara, dan juga pembaca  blog ini (kalau ada kahkah)

Semoga dengan ikatan ini akan dapat memberi manfaat kepada diri kami dan orang lain insyaAllah. 

We love uolls 
We love Allah

For the pleasure of ALLAH


Assalamualaikum 
Byee 


3 comments:

  1. waa..lawanye akak..
    semoga selamat diijabkabulkan nanti..dan kekal hingga ke jannah..insyaAllah..=)

    ReplyDelete