Searching for ......

Thursday, October 9, 2014

Apa Yang Perlu Anda Sediakan Untuk Menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)?

Assalamualaikum,

Biasanya PBS (pengalaman berasaskan sekolah) sem yang lepas lepas, aku tak google macam mana nak pegi PBS, apa yang perlu kita buat masa PBS, apa yang penting untuk guru PBS. Sebab Unit 
Praktikum dah bagi taklimat sebelum kita gi sekolah. 

Tapi untuk PBS 4  ni aku macam tergerak lah nak type kat google, macam mana nak memulakan PBS  haha. Saja nak try.

Tapi malangnya, tak banyak pun. So aku nak share lah kot kot membantu adik adik akan datang. Haha walaupun aku tahu unit praktikum dorang dah terang banyak kali :p

Apa yang perlu dibawa ke sekolah pada hari pertama?

Kalau aku, aku siap siapkan baju tudung apa semua letak satu tempat. 
Supaya pagi pagi esok tak kelam kabut. 
Yelah, kat IPG start class kul 7.45 pagi, kat sekolah kul 7 pagi dah kena gi sekolah. 
Pastu sediakan beg. 
Pilih beg mana nak pakai. Biar nampak cunssss hehehe.


Dalam beg kena ada apa?

Pertama pen. Pen hitam is better. Sebab kebanyakan kerja kita kan berbentuk rasmi. Kadang-kadang guru besar cerewet. Warna pen pun boleh jadi isu. So better ambil langkah paling selamat, bawak pen hitam sebatang.  Lagi pun kalau kita bawak pen walaupun sebatang, ia menunjukkan kita ni bersedia.

Tapi tak kesah pun pen apa senanya. Ikut suka ko leh. Asalkan bawak je..

Jangan langsung tak bawak pen, siap pinjam gubeso lagi.  Memang………………..

Okay pastu bawak surat pemberitahuan yang korang nak datang sekolah tu. Bersedia je. Kengkadang sekolah ni tak perasan ipg kita dah hantar surat kat dia bagitahu kita nak buat PBS. Datang2 je gubeso tanya, awak datang untuk apa? Saya tak tahu pun?

So keluarkanlah surat tu. Biar rasa confident sikit berhadapan dengan gubeso yang kita pun tak tahu perangainya camana kan.


Pastu bawaklah kerja PBS yang ipg korang kasi tu.. tunjuk gubeso kerja apa yang kita kena settlekan sepanjang berada kat sekolah dia ni.. barulah kita yakin diri yeah aku banyak keje haha.

Lagi satu kalau kita tunjuk kerja kita, nampak lah busy sikit. Takdelah sepanjang hari kita kena relief kelas aje. At least sehari 1 jam je dia akan kasi. Tapi tengok jugak sekolah.. kita kena pandai susun ayat.

Oh ya,fasal relief. Jangan malas tau masuk kelas. Sebab setiap kali kita masuk kelas walupun kita tak mengajar, kita sebenarnya sedang belajar sesuatu. Belajar kawal kelas, belajar layan budak, belajar tarik perhatian dan banyak lagi.

Sebab teori ngan praktikal berbeza ya adik adik. Cuba aplikasi yang kita belajar tu. Berjaya ke tidok. Try lah

Pastu bawaklah kerja lain yang tak siap. Assignment ke apa. At least duk bilik guru nanti takde lah melongo termenung tengok cikgu cikgu sekolah tu berbual. Macam budak apa tah haha.


Lagi satu pesanan, kalau korang jenis berat mulut sejak azali, buat buatlah ramah mulut sikit masa PBS. At least senyum or beri salam pada senior2 guru yang lain.  Barulah kita menunjukkan akhlak yang nabi ajar. Akhlak baik. Ok? J

Tu je kot. Kepada adik adik PBS pengalaman berasaskan sekolah untuk bakal guru keluaran IPG, good luck J

For the pleasure of ALLAH
Thank you!
Assalamualaikum.



1 comment: