Wednesday, October 22, 2014

Buku Yang Sangat Elok Dibaca Untuk Belajar Tentang Rumah Tangga

Assalamualaikum :)

Ingat lagi, sebelum aku kahwin dulu, aku sibuk mencari buku tentang perkahwinan. Pergi kedai buku, banyak sangat buku sampai tak tahu nak beli mana satu. 

Akhirnya tak beli heheh takdelah

Jadi masa tu aku memerlukan masa yang lama untuk memilih buku. Sebab nak cari yang the best ever. 

Makanya, bagi memudahkan korang, Aku nak tolong  senaraikan beberapa buku yang bagi aku bagus untuk korang yang nak belajar tentang rumah tangga ni :)

Ya, memang semua buku bagus.. Tapi ada certain buku yang aku rasa korang kena baca kalau nak jadi suami / isteri yang baik. Ini berdasarkan pengalaman akulah. Buku yang betul-betul ingatkan kita atau betul-betul tegur kita secara direct.

Dan sebenarnya aku pun bukanlah rajin ngat membaca. Tapi bila aku ada masalah dengan suami, atau aku rasa aku buat dosa ke, atau aku rasa aku ni betul sangat sampai tak nak dengar cakap suami ke, aku akan rujuk buku-buku supaya buku tu akan mengatakan yang aku salah! 
Haaa cenggitu,

So antara buku favourite aku adalah :

Al Quran


Of course Al Quran kena jadi yang pertama. Jangan ikutkan nafsu. Bila ada problem je, bacalah quran. Nampak simple kan? Tapi sebenarnya dengan membaca Al Quran, kita akan mengingati Allah. Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Dan bila hati tenang,  masalah dapat diselesaikan dengan baik sebab ada bantuan Allah. Kena yakin ni.. 

So sebagai orang islam dan orang yang baru bertatih dalam rumah tangga ni, aku rasa aku perlu bersandar dan rujuk kepada yang Maha Tahu. So nasihat aku kepada aku dan semua yang baca. jadikanlah Al Quran sebagai rujukan utama kalau korang ada masalah nanti. Its okay kalau tak faham maksudnya. Baca je.. Baca je.. 


 Cinta Kerana Allah Pahrol Juoi



Buku ni pulak tentang macam mana nak bahagia dengan cara yang islam ajar. Cara nabi ajar.

Aku bagi contoh ea,

Dengan memberi, kita akan menerima.
Berilah dulu. Baru kamu akan terima.
Jangan hanya pandai meminta. 
Maka, kamu tidak akan diberi.

Samalah dengan cinta.
Cintailah pasangan kamu dulu. Jangan meminta dicintai sahaja.
Dengan mencintai, kamu akan dicintai.

Cinta pulak ada jugak maksud dia. Bukan I love you, I bukakan pintu kereta untuk u. Bukan tu. 
Kena baca sendiri sebab panjang.

Tapi best buku ni. Memotivasikan pasangan suami isteri untuk terus hidup dalam cinta yang sampai ke syurga. :)



La Tahzan


Okay buku ni adalah buku motivasi supaya kita tidak bersedih. 

Lumrahlah kalau tiba tiba kita rasa sedih. Mungkin sebab suami atau mungkin sebab lain. 
Bukalah mana-mana muka surat daripada buku ni dan baca. 
Insyallah ada kata-kata yang akan menjentik hati korang supaya tidak bersedih. :)




Man From Mars, Women From Venus



Buku ni tip top. Memang best. Sebab dia fakta. Aku rasa sebelum korang kahwin korang kena khatam buku ni dan faham konsep dia.  
Walaupun huraian dia agak panjang dan susah difahami, tapi okay sebab content dia bagusss. 

Kena baca ulang kali baru masuk dalam otak. Sambil baca sambil ingat kat pasangan kita, barulah mudah nak faham apa yang disampaikan.

Okay, buku ni sebenarnya nak bagitahu yang lelaki dan perempuan ni berbeza. Kita berbeza. 

Dan sebab berbeza, lelaki dan perempuan selalu bergaduh.

Kenapa?
Sebab tak sependapat. Sebab tak saling memahami.

Aku bagi contoh ea,

Isteri merajuk.
Suami tak pujuk (ciss)
Bila isteri tanya kenapa suami tak pujuk, suami jawab, ‘awak perlukan ruang untuk bersedirian..’

Oh no man. Salah konsep. Itu adalah sifir untuk lelaki.

Kalau isteri merajuk, suami kena pujuk.
Kenapa?

Sebab isteri nak dipujuk.

Ok

Kalau suami pulak yang merajuk.
Isteri jangan pujuk.
Kenapa?

Sebab lelaki memerlukan masa untuk dirinya sebab setiap lelaki ada gua dia sendiri.

Kenapa berbeza ekkk?

Sebab kita berbeza. Ingat tak aku cakap tadi… ?  :)

Dan kenapa kita berbeza? Sebab kita adalah dari planet yang berbeza.  

Semua tu korang kena baca dan fahami sendiri untuk kebaikan hubungan suami isteri korang nanti.

So kesimpulan aku, buku ni perlu dibaca adalah untuk mengelakkan pergaduhan dan salah faham. 

Bagi mengelakkan dua perkara ni, kita perlukan persefahaman. Untuk mendapatkan persefahaman, kita kena memahami pasangan kita. 

Macam mana nak faham? Baca buku ni hehe sebab dia dah bagi dah formula tu semua. 
Dah ada orang kaji dah. Kita tinggal baca dan buat apa yang baik aje..



Sikap Isteri Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumah Tangga – Zulian Al-Farizzi


Untuk isteri

Untuk suami


Okay buku ni kena ada. Buku ni dia senaraikan perkara perkara jahat yang isteri selalu buat.
Penting buku ni untuk aku sebab kalau macam aku, gaduh gaduh ngan suami, aku akan terus bukak buku ni tengok senarai kejahatan isteri pada suami yang dia senaraikan, 
Ada tak yang aku buat masa gaduh tadi hehe.

Kebiasaannya ada. Kehkehkeh. So dengan itu, aku akan sedar dalam pergaduhan tadi aku yang salah. Jadi aku minta maaf pada suami dan berjanji tak buat lagi. Heheee

So bagi aku buku ni baguslah untuk ingatkan isteri benda benda yang tak boleh buat. Contohnya mengguris hati suami, mengecilkan hati suami, tidak suka fizikal suami, tidak suka hobi suami. 

Yang simple simple pun dia bagitahu. So para isteri akan cuba elaklah dari buat benda tu sebab dia memang senaraikan..

Okay itulah antara buku yang best dalam senarai aku.

So pesan aku, kalau korang belum kahwin, bacalah buku banyak banyak. Mana tahu selain daripada buku yang aku senaraikan ni ada lagi buku bagus yang jadi faveret korang nanti bila dah kahwin. 

Sebab after kahwin nanti korang dah tak sempat dah nak baca buku. Aku okay lagi sebab duk asrama, bila perlu je aku settlekan keperluan suami. Kalau kat asrama tak yah. So hidup aku macam student biasa je.. Mana tahu korang kahwin terus pindah luar ke atau korang kahwin after study ke.. 

Kak Aisyah Humaira’, isteri Ustaz Zaharuddin yang kedua kata, ilmu rumah tangga yang dalam buku tu penting sebab satu hari nanti kita akan melaluinya. Kalau kita tak baca sekarang, semasa kita sedang lalui waktu itu,  kita tak sempat dah nak baca.

Ya. Memang kita dapat melalui moment itu dengan baik, tapi rugilah sebab kita tak dapat laluinya dengan lebih baik disebabkan tidak menggunakan ilmu..

So jom baca!

Semoga Allah permudahkan urusan kalian dan urusan saya juga. Ameen 

For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment