Searching for ......

Monday, October 20, 2014

Cara Nak Buat Jemput-Jemput Yang Lembut


Assalamualaikum

Haha kelakar ngat tajuk entry ni aku rasa. Seperti yang uolls tahu aku kahwin masa aku masih budak kan kehkehkeh. So banyak benda aku tak master lagi

Dan aku bukanlah jenis yang bagusss sangat pandai masak ni masak tu (walaupun biasanya orang kahwin awal ni terrer masak). Hanya beberapa resepi je yang ada dalam otak aku ni antaranya adalah jemput jemput.

Aku suka jemput jemput aku ni sebab tu aku ingat. So aku memang akan menggunakan jemput jemput aku ni sebagai modal kot kot ada orang uji aku pandai masak ke tak. Dan ofkos ada orang nak uji aku sebab aku kan student lagi. So orang rasa aku ni lack dari segala segi. Tapi aku kena bijak hehe. Mai sini aku ajar buat jemput jemput lain sikit dari orang lain.

Bahan bahan :
Tepung
Bawang besar dihiris halus dan kecik kecik
Bilis banyak
Garam
Telur
Air panas

Tu je. 
Tapi aku tak tahu nak bagi tahu kuantiti dia sebab dia ikut banyak mana tepung korang guna.
Rahsianya satu je senanya. AIR PANAS. Hehe

Korang jangan guna air biasa. 
Sebab air biasa akan mengeraskan jemput jemput tu bila dia sejuk nanti. Rahsia aku guna air panas masa adun semua bahan tu.

Letak air sikit sikit supaya dia serata dan sekata.
Tambah air sikit sikit sampai semua tepung dah kena air dan nampak lembut. So dah boleh goreng.
Goreng sampai warna dia jadi kuning kuning coklat cair. Barulah ia jadi rangup dan isi dalamnya lembut. Dapnyeeeeeeee

Testimoni berjaya!

Aku nak cerita sikit. Hari kedua masa aku duk rumah mertua, abi suruh aku buat sarapan. 
Aku berfikir fikir, nak buat apa ek.. Nak buat yang terbaik ni hehe. 
So aku pilih jemput jemput ni hehe.

Teka apa resultnya?
.
.
.
.
.

Esoknya abi suruh buat jemput jemput lagi yeyyy! Hehee


So boleh lah try kot kot orang boleh terpikat ke dengan makanan simple yang korang sediakan tu 

Selamat mencuba. Peaceeeeee

( Gambar takde, dah ada nanti aku update )

For the pleasure of Allah

Thank you!
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment