Searching for ......

Thursday, October 9, 2014

Kenapa 'Makan Damai' Ketika Majlis Perkahwinan Itu Penting?

Assalamualaikum

Dalam entry lepas aku ada kata nak cakap fasal makan damai kan?

Alhamdulillah, masa majlis kat Johor dan Terengganu pun ada makaan damai
Tapi biasanya pengantin tak dapat makan sebab sibuk layan orang.
Masa makan damai tu jamah buah seketul je haha
Hee tu tak de apa pun,

Makan damai ni apa sebenarnyaa?

Kenapa dipanggil makan damai?

Okay, makan damai ni adalah acara pengantin makan dalam majlis perkahwinan, pengantin tu duk tengah2 orang ramai supaya semua orang dapat tengok depa. Dan ia dipanggil makan damai sebab tujuannya bagi mendamaikan dua buah keluarga yang baru menjadi keluarga..

Jadi kenapa ia penting?


Untuk memperkenalkan pengantin kepada orang ramai.

Kenapa kena perkenalkan kat orang? 
Supaya orang awam tahu yang kita dah berkahwin..
Nanti takdelah orang terkeliru.

Eh betul ke kau dah kawen?

Eh ritu majlis kau ke? Tak nampak kau pun.
-Memanglah tak nampak aku, aku malu, nyorok kat dapur.. :3

Apa tujuan kita buat kenduri kahwin? Nak hebahkan kat orang kan?

“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


So dah alang-alang buat majlis, hebahkan bebetul.
Dan bagi aku, makan damailah part yang paling sesuai.

Takpe, biar makan damai yang menampakkan pengantin kepada orang ramai.
Bukan masa duk kat pelamin tu. Menepung tawar , baling beras ke apa tu.
Pehe dok apa aku nak sampaikan?

Yang pakai purdah , pakai je purdah, tak payah bukak. Takdelah nak tunjuk pengantin sampai kena buka purdah hehe over ngat.



Sebab itulah aku rasa makan damai paling sesuai. Sebab ia just makan makan. Bukan tujuan menunjuk-nunjuk.

And mengikut pengalaman aku aku, kalau boleh rancang nak buat majlis tu biar makan damai tu di ambil perhatian sikit. Sebab biasanya part makan damai yang agak kelam kelibut. Ni kalau kita setting sendiri lah, bukan tempah punya. 

Sebab masa tulah keluarga belah family husband datang ramai-ramai, dengan kita nya kena belagak cuns kat meja makan tu. So pastikan ada orang yang jaga bahagian makan damai. Khas dalam 2 3 orang pastikan, air cukup x, nasi ada ke x, pinggan cukup tak, kerusi lagi apa semua. Jangan miss satu benda pun kalau boleh, kalau tak anda menyesal sebab tak dapat bagi the best untuk keluarga baru.  

So tu jelah kot.

Good luck semua bakal pengantin :p

For the pleasure of Allah

Thank you!
Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment