Searching for ......

Wednesday, October 22, 2014

Projek Memikat Suami : Macam Mana Caranya?


Assalamualaikum. Dan jangan gelak.

Wakiwakiwaaaa :D
Ini adalah idea Balqish suruh aku buat entry fasal ni.




Entry macam ni kena buat by time. Sebab aku akan belajar melalui masa.
Korang pun tahu kan yang aku tak duduk serumah dengan husbeng aku.
Aku duk asrama blog E , husbeng asrama blok B.
Kihkihkih rasa budak sangat

So aku tak dapat melalui hari-hari aku sebagai seorang isteri dengan sempurna sangat lah.
Mungkin pada masa akan datang kemahiran aku memikat suami akan lebih bertambah sebab dah duduk serumah. Ya kan?




Suami saya hihi


Jadi untuk tips yang kali pertama dan sebagai pemula ni adalah :

Jadilah gembira untuk menggembirakan suamimu..


Gembira ngat ye

Anda hanya perlu jadi gembira, supaya suami anda senang hati melihat anda, dan dia pun senang hati untuk keseluruhan hidupnya..

Maka dengan itu, masalah dia yang besar pun akan jadi ringan dan mudah diselesaikan..

Sebab dia rasa isteri dia senang dengan dia.  Gembira dengan dia. Isteri dia bahagia dengan dia. Isteri dia cukup hidup dengan dia.

Walaupun dia mungkin kekurangan wang. Atau dia kekurangan kudrat. Atau pun dia banyak menimbulkan masalah. Atau pun dia tak pandai sangat uruskan keluarga.


Sehari selepas menikah. Sweet time :')

So dia akan rasa dia adalah seorang lelaki yang power. Yang boleh diharap. Yang berjaya menguruskan rumah angga. Yang berjaya mengetuai rumah tangga. Yang berjaya membahagiakan isterinya.

Hanya dengan sebuah kegembiraan yang sang isteri tunjukkan tadi..

Kalau pada ketika itu anda sedang marah, atau sedang bersedih, atau sedang gila..
Kalau anda boleh sembunyikan kesemua perasaan negetif  anda tadi, itu adalah lebih baik.
Isteri cerdik yang solehah sangat.

Sebab biasanya perempuan ni kalah dengan emosi.
Kalau dia marah, maksudnya dia nak marah.
kalau dia sedih, maksudnya dia nak nanges.
Tak kira.


Jalan -jalan makan angin kat Mersing 


Kalau anda berjaya lawan kehendak nafsu anda tadi. Maksudnya anda menang.
Dan anda berjaya mengelakkan satu masalah ataupun pergaduhan yang menyebabkan keharmonian rumah tangga dicemari.

So tu jelah tips untuk kali ni.

Cheeese dell

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment