Searching for ......

Thursday, October 30, 2014

Sedap Sangat Makan Kat Warung Bunian, Kajang!

Assalamualaikum

Masa pergi usrah kat Putrajaya yang diconduct oleh Ateh ngan Along, kitorang tak tahu pun makan tengahari nanti kat mana. Sebab semua benda diorang rahsiakan. Kira rehlah tukujut-tukujut lah ni.

Tapi masa nak cari tempat makan tu, dorang asyik tanya kitorang siapa reti guna Waze.

Hehehe aku reti. Maka terbongkarlah rahsia

Rupanya diorang search kat internet tempat makan best, jumpa  Warung Bunian..

Haa,  WB ni memang unique sikit bak kata Along. Sebab kitorang nak tahuuu sangat apa yang stimewanya WB ni, so kami pergilah situ.

Penuh orang ye. Takde meja kosong pun. Semua yang datang ni aku rasa yang bekerja kat Putrajaya. Aku rasalah.. 

Jangan tukujut ya sebab walaupun warung tu kecik dan takda signboard pun atas kedai tu tapi kalau cari dalam Waze, jumpa ye aik-adik , so jangan risau hehe.

Bila dah makan kat situ, aku dapatlah analisis beberapa kelebihan WB tu,

Dan Kenapa Warung Bunian unik ?

- Pertama sebab dia hanya masak 2 jenis lauk untuk satu sesi makan satu hari. Contohnya menu hari tu adalah ayam masak merah dengan ketam bakar. So semua meja ada lauk yang sama. Air je boleh pilih. Tu pun yang ada air limau ais, teh limau ais, sirap limau ais.

- Kedua sebab dia makan hidang. Korang datang cakap nak makan bape orang dan order air. Pastu tunggu dia hidang lauk yang sama dengan orang sebelah meja kita kiri kanan depan belakang.

- Ketiga sebab dia kena tempah online dulu. Korang kena beratur kat luar kalau main datang je, sorryy

- Keempat sebab harga dia ok. Average sekepala Rm15. Okay lah kot sebab ada 2 lauk, 2 sayur, dengan 1 air. Okay kot, kan?

- Kelima sebab ramai gil orang. Semua yang datang bukan datqng pakai besikal. Naik porshe, naik bmw, kami naik saga, buleh datang jugok hehe. Nak katanya yang datang orang yang kayo-kayo

- Kedai takde rupa langsung. Sama je dengan kedai ayam penyet feveret aku ngan suami yang selalu kitorang makan tu.


So jom kita tengok lauk apa kami makan ritu

Menu untuk hari tu adalah ayam masak lemak kuning, udang besar masak merah, dengan terung masak hijau. 
Sodapnye

Okay ni rupa bila semua dah dihidang. Emm ohya, ada sambal belacan dengan ikan kering kat hujung tu.
Kitoeang order air teh limau ais. Kalau tengok meja ore lain samo yo makannya. 

So kalau testimoni dari aku sendiri, warung bunian ni makanan dia sedap.. Macam mak-mak kampung yang masak. Pastu dia best sebab dalam RM15 tu kita dapat makan udang, ayam, sayur, ulam, dengan kenyangnya. Biasa kalau kedai lain kita amek lauk macam-macam harga melangit kan. Ha ni kuranglah sebab kita makan hidang. Dan beramai-ramai. So alhamdulillah kenyang dan puas makan. 

Pastu pulak nama dia warung bunian kan, sesuai lah bagi aku sebab tengok pada kawasan warung ni dengan suasana dalam warung tu. ngeeeee

Oh ya, nama lain warung bunian ni adalah warung tapak sulaiman. Tapi takde pulak nampak macam ada bentuk tapak sulaiman ke apa. Mungkin nama sebenar dia tapak sulaiman, tapi bila ramai orang dah gi and cakap situ sedap, pastu nak recommended kat orang cakap gini, ala warung yang macam tempat bunian tu.. So agaknya dari situlah dia guna warung bunian hee. 


So, uolls. Kalau nak tahu banyak lagi pasal Warung Bunian. Or nak tempah makan situ ke, boleh layari SINI

Boleh contact number yang diberi untuk tempah meja nak makan esok ya :-)  

Macam biasa, senanya ada je banyak lagi gambau. Tapi sebab tak terkumpul, ni je lah mampu diberi..

For the pleasure of Allah. 
Thank You
Assalamualaikum 


No comments:

Post a Comment