Thursday, October 30, 2014

Rehlah Bulatan Gembira : My Usrah Story

Assalamualaikum :)

Sebenarnya rancangan aku hari ni adalah memulakan my study week. Eh tak tak. Sepatutnya ia bermula sejak kelmarin lagi hehe. 


Aku semangat sekali sebab pakai kasut sukan siap hehe


Tapi kita merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang kan, makanya aku tak jadi start belajar hehehe. Kalau tak masakan ada lagi entry-entry baru, ya kan?.

So nak dijadikan cerita, usrah kami iaitu Bulatan Gumbira (BG) telah merancang satu program sebeluam berakhirnya sem ni.




Aku tak pernah citer ek fasal usrah aku ni? Ngeee
Okay nama group kami Bulatan Gumbira (bugu). Bugu ni saja je aku pendekkan malas nak tulis panjang-panjang.

Wanita-wanita syurga yang ada dalam bugu ini adalah 
Kak Yong - Aisyah Izzati.
Umur tambah 3 tahun daripada kami. Vevevevery wanita solehah. Wanita solehah yang tegas. Hiarghhhh!

Along - Syuhadah Ibrahim
Umur atas kami setahun. Vevevevevery tough girl. Kehidupan mematangkan beliau :)

Angah – Solehah Baharuddin
Sebaya kami. Seorang yang banyak mengorbankan diri untuk kemaslahatan ummah.

Ateh – Asmaa’ Jalil
Sebaya juga. Seorang ulamak modern nguahnguahnguah

Anje –Suriati
Seorang wanita yang banyaaak idea dan berani ke hadapan.

Achik – Dayang Nurhafizzah
Seorang kawan baik hati, kelakooo dan jujur.

Ucu - Suziati
The manis one. Hehe.

Alang – Aisyah As Siddiqah isteri solehah heheh amin

Adik – Aisyah Hasan
Gojes and cunsss girl. 

Aku tak susun pun ni sebab lupa cemana susunan nya hee

So nak dijadikan cerita, kami nak gi berehlah hari ni yeyy

Pagi-pagi kami dah gerak. Program hari ni surprised ye. Aku pun tak tahu diorang nak bawak gi mana. Memula tu ingat nak gi main beskal kat Taman Botani jer, so aku main taram jelah pakai baju tshirt  , seluar berserta kasut sukan. Sekali turun bawah diorang kata tak pasti lagi sebab perjalanan dirahsiakan oleh dua orang budak bertuah. Along ngan Ateh.


Kak Yong paling naqibah sekali sebab pakai jubah hehe

So here perjalanan kami berenam. Enam orang je datang sebab yang lain ada hal yang tak dapat dielakkan seperti berehat bersama ibu bapa di rumah hehe :p
Tempat pertama kami pergi adalah :

Taman Wetland Putrajaya

Pagi tu sampai je terus makan sarapan dulu. Kami lapaq. Sambil-sambil sarapan dan menunggu Along (sebab dia naik motor, tak sampai lagi), kami memulakan perkongsian pertama dengan tajuk Baitul Muslim hehe. Memandangkan Ayong dah nak keluar IPG, jadi kami mengasaknya dengan pelbagai soalan berbaur provokasi. Hehe tak delah. Kami hanya mendoakan Ayong dipermudahkan urusan jodoh dan mendapat zuriat-zuriat yang soleh dan solehah ameen :)

So after along sampai, kami gi kawasan lain untuk buat pengisian kedua iaitu Tazkirah Berantai. 




Antara isi tazkirah yang aku ingat adalah :

Ucu cakap fasal hati. Allah menjadikan hati kita hanya untuk dua hala yang kita sendiri tentukan sama ada nak yang baik atau sebaliknya. Dah ofkos dalam hati masing-masing cakap nak jadi yang baik kan? So macam mana kita nak jadikan hati kita sentiasa ke arah yang baik?

Jawapannya adalah proses penyucian hati perlu dilakukan secara berterusan. Jangan terhenti sebab dalam proses itulah berlakunya benda yang baik tu. Macam Ust Azhar Idrus cakap fasal khusyuk. Kalau kita nak khusyuk, caranya adalh kita kena solatlah. Solat dan solatt. Teruskan bersolat. Insyallah kusyuk akan datang. Jangan tunggu khusyuk baru nak soolat. Dua-dua kang tak dapat. Macam gitulah lebih kurang :)

Angah cakap fasal check solat. Apa-apa masalah yang kita hadapi, back to solat. Kat solat kita mungkin ada problem. Contohnya wudhuk kita, sempurnakah wudhuk kita? Sila check by urself :)

Ateh cakap fasal kawan yang baik. konklusi yang aku dapat adalah KITA ADALAH SIAPA KAWAN KITA. Maksudnya, contoh kawan kita ni tak tolong pun kita masa kita susah, takde duit. Jangan salahkan dia. Semak diri kita. Mungkin kita jugak dulu ada tak tolong kawan kita masa dia susah takde duit. Jadi, janganmarah ke kecik hati ke dengan kawan kita. Sebab kita pun dulu cenggitu sebab tu dapat macam tu. Senang, maafkan.. maafkan..

Sesi muhasabah

Ayong pulak cakap fasal potongan surah Al Qasas tak silap, yang fasal anak nabi Shuib dengan Nabi Musa tu. Fasal macam mana anak nabi Shuib menutup lubang-lubang fitnah dan cara wanita menjaga diri.

Pastu ayong pesan, perempuan kena ada prinsip. Jangan berlembut sangat. Kena bertegas. 
Pastu ayong cakap selalulah doa cenggini, ya Allah, jauhkanlah aku mengingat orang yang bukan untukku…’
Supaya kita kurang membuang masa dan berangan-angan. Maka dengan itu hati pun dapat dijaga. Macam tu lah.

Along citer fasal sabar dan rezeki. Along cakap, jangan marah. Cuba sabar. Sebab kita sabar ada hikmahnya. Kita akan terlepas daripada satu bala yang datang dari marah kita tadi. Sabar… Sabar… Ambil wudhuk, insyaallah boleh hilang rasa marah.





Fasal rezeki pulak, along cakap, yakinlah rezeki tu daripada Allah. Kalau kita merungut dengan duit yang kita dapat tu sikit, insyallah duit tu memang sikit dan tak berkat. Pastu duit yang kita bagi kat oang tu sebenarnya duit kita kat akhirat nanti. Duit yang kita guna tu habis sia-sia macam tu je. So sila check sendiri. Balance tak duit kita kat akhirat dengan kat dunia? Atau pun mana-mana satu lagi kurang? Sila semak…




Aku pulak wanita biasa sahaja ngeee. Perkongsian pun tak berilmu sangat. Cerita fasal sedekah. Menggalakkan bersedekah termasuk diri saya sebab nabi pun cakap sedekah itu ajaib. Tak percaya? Cubalah!

Okay habis part Tazkirah berantai, kami nak pi main air yeyyyy!

Kami nak pusing tasik buatan kat wetland tu. 
So , kami naik paddle pusing keliling tasik tu.
Hari kerja sorang RM5. Weekend sorang RM10. Alhamdulillah kami pi hari rabu hehehe

Sebelum naik paddle haruslah kita menunjukkan pakaian seragam kita yaa

Time ni kami kayuh bersama. Kira macam paddle kembar tiga jugalah 


Suke ngat ye main air hehehe


Yeyy bestt



Dah penat berkayuh sakan,kami gi satu lagi tempat yang dirahsiakan iaitu :

Warung Bunian

Tapi serius cakap nama dia memang sesuai. Banyak keistimewaan warung ni kalau nak tahu boleh baca kat SINI.

Tapi memang puas hati makan. Kat situ yang makan orang kerja kat putrajaya je. Walaupun warung tu takde rupa langsung. Dan takde signboard pun. Tapi ramai dia, perghhh malas cakap. Baca je kat entry satu lagi tu. 


Makan sedap alhamdulillah.. 



Pastu kami gi melawat Afnan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah meminta perlindungan kepada Allah untuk anggota keluarganya.  Beliau mengusap dengan tangan kanannya dan berdoa :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

( Allahumma rabbanasi adzhibil ba’sa wasy fihu. Wa antas Syaafi, laa syifaa-a illa syifaauka, syifaa-an laa yughadiru saqomaa )

 “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”  (HR Bukhari dan Muslim).



“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”


“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”


Ameen..

So usrah sepanjang hari ni mungkin adalah yang terakhir untuk tahun ini.. Sebab lepas ni masing-masing nak fikir pasal exam, and tahun depan Ayong dah tak ada kat IPG T.T

Apa-apapun aku mendoakan supaya usrah ni kekal berhubung sampai bila-bila. Nanti kita buat usrah dengan baby masing-masing pulak ye. 

Macam trergesa-gesa je kan cerita. Padahal okay je. Kami happy alhamdulillah. Hehehe


For the pleasure of Allah 
Thank you Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment