Wednesday, October 22, 2014

Review Korean Drama : Angel Eyes

Assalamualaikum

Wuwuwuuu cerita ni beeeest T.T
Best plus sedih plus power. Tapi episod satunya sahaja haha.
Bagi akulah.

Kalau korang nak rasakan satu perasaan cinta yang tidak boleh diungkapkan dengan menyatakan I love u, atau korang nak rasa satu perasaan kemurungan yang melampau seperti air yang digoncang di dalam botol , atau korang nak rasakan perasaan sweet semacam buah rambutan gading, atau korang nak rasa keterkejutan yang menyebabkan korang terdiam untuk beberapa jam seperti anak patung yang diletakkan di atas katil, nasihat aku : Sila tonton episod satu cerita ni.

Lepas tu korang nak sambung tengok ke tak nak tu masalah korang.

Aku suggest korang tengok episod satu je sebab memang superb ah jalan cerita dia. Sedih. Sweet. Menyayat hati. Kesian. Dan sebagainya.



Zaman muda diorang. How sweeeeeeeeeeet :')


Ceritanya fasal dua budak muda. Ni masa dia muda ea. Yang lelaki kehilangan bapak dia. Yang perempuan kehilangan ibu dia. Dalam masa yang sama dan tempat yang sama. Tanpa mengenali satu sama lain.

So bila dah beberapa tahun berlalu, budak laki tu dah 16 tahun gitu, dia tunjuk yang budak laki ni jadi tukang hantar bubur ke rumah rumah. Bubur yang mak dia buat lah.. antara rumah yang dia hantar adalah rumah perempuan tu.

Dan setiap malam dia akan tengok perempuan tu berlatih nak cakap kat dewan angkasa. Sebab perempuan tu jadi juru cakap dalam dewan yang boleh nampak bintang bintang kat angkasa yang macam real gitu.

Bila dia berlatih banyak kali, dan lelaki tu pun hari hari tengok perempuan tu berlatih, sampai hafal dah, dia pun tersukalah kat perempuan tu..
Nanti adalah satu agenda yang menyebabkan lelaki tu tahu rahsia perempuan tu dan mereka mula bercakap. Di sini lah perkenalan mereka bermula. Permulaan yang menyentuh perasaan dan pencarian yang tiada matlamat.





Amat memilukan. Ceh

Sampai sini je aku boleh cerita sebab kalau tak korang tengok episod satu tu tak feeling.
Cerita ni ada dua versi satu masa dia kecik satu lagi bila dah besar. Sebenarnya masa dia kecik tu episod satu je, yang lain lain semua episod dia dah besar.




Tapi sebab aku terkesan sangat dengan lakonan budak dua orang tu masa kecik, bila dia dah besar aku tak boleh terima muka dia jadi lain haha.

So aku rasa episod seterusnya tak best. Tuduhan melulu sangat kan haha


Muka dah besau

Tu la aku cakap, tengok episod satu dulu, kalau suka, continue, kalau kecewa macam aku sebab pelakon dia berubah. Berhenti. Ngehngehngeh



Bila dah besar jalan cerita macam Winter Sonata sikit. Kureng minat hee

Untuk episod satu sahaja aku bagi 120 % markah ya.

Kenapa banyak?

Sila tengok sendiri  kehkehkeh

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment