Wednesday, October 22, 2014

Review Korean Drama : Man From Star

Assalamualaikum


Lama dah aku tengok cerita ni. Masa tu cuti mid sem. Aku balik 2 3 hari lambat daripada kawan kawan lain sebab kali ni kami (suami isteri ) akan balik Terengganu. Tapi kami tak balik berdua.

Balik bertiga dengan keksyah, kakak ipar aku. So sementara tunggu kak aisyah sampai Malaysia, kami duk asrama dulu beberapa hari.

Dalam beberapa hari yang sunyi tu, aku sempat ambil cerita daripada Kak Long untuk jadi peneman aku kat asrama nanti hehe.




Cerita ni simple je. Tapi agak mengarut. 
Eh bukan agak. Tapi mengarut. Sebab hero tu ada kuasa. Dia makhluk asing.

Ceritanya fasal seorang lelaki. Yang mana dia ni makhluk asing. Boleh hentikan masa. Boleh dengar percakap orang dari jarak jauh. Boleh gerakkan sesuatu dengan hana mengerlipkan mata. Boleh terbang. Boleh hilang hilang. Macam macam lagi lah boleh.

Amboi kau. Overnya kebolehan. Ko ingat ini sorga? -.-

Heroin pulak seorang artis. Yang berlagak. Macam bagus. Cantik. Dicemburui. Dan banyak lagi.

Diorang ni jiran. Nanti ada konflik yang akan menyebabkan dorang ter-bersama. So bermulalah kisah cintanya.

Cerita ni lebih berkisarkan tentang konflik. Konflik dalam cerita ni agak complicated sebab ada berlaku pembunuhan kejam. Pastu ada pulak ancaman-ancaman kepada si perempuan tadi. Ada jugak penyiasatan fasal kes pembunuhan tu sebab perempuan tu macam terlibat dan dia dituduh membunuh pulak. Macam macam masalah perempuan ni haha.

Aku suka awal cerita sampai pertengahan cerita. Bila dah nak habis tu dia ada part jiwang jiwang karang sikit, aku dah mula bosan. Jiwang sebab dorang dah mula bercinta. Bila bercinta ni biasalah, agenda semua yang manis manis aje. Tak mencabar langsung haha. Lagipun part last last tu lelaki tu dah nak dessapear (tak tahu eja haha) daripada dunia ni sebab dia ada tempoh masa tertentu boleh duduk kat dunia. 

Ha tu la kau, makhluk asing buat cara makhluk asing. Cariklah kaum sejenis nak bercinta pun. -.-

So masa tu dia ada agenda nanges-nanges, sebab sedih nak tinggalkan perempuan tu… 
Aku tengok dah tak sedih dah sekarang sebab aku dah tau dah permainan cerita korea ni.

Dulu masa zaman My Girl boleh lah temberang aku lelaki korea semua sweet-sweet sampai aku nanges seram-seram sejuk. Sekarang no way man..

So bagi aku cerita ni best! Cuma dia habiskan cerita dengan jalan yang tidak menarik. Itu sahaja.
Konklusinya jangan bercinta dengan makhluk asing, kelak merana diri. Ya kawan kawan…

Okay, tu saje dari saya!


Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment