Tuesday, October 21, 2014

Review Korean Drama : Marriage Not Dating

Assalamualaikum

Cerita ni aku tengok bebetul after assignment aku habis untuk semester 4 ni. Bagi aku okaylah cerita ni agak santai. Dapatlah mengurangkan bebanan2 aku sepanjang berKKP ritu.

Lagi pun sebab dia takde makhluk makhluk pendengki ke pembunuh ke penjahat ke macam mak tiri bawang putih ke, takde. Just a simple and a nice story..

Mula mula aku tengok tajuk cerita ni aku ingatkan cerita fasal rumah tangga sebab tajuk dia macam dia memilih kahwin daripada dating kan? Tapi rupanya bukan… laaaaaaaaaaast episode nanti baru dorang kahwin -.-



Ceritanya berkisahkan tentang si perempuan ni nama dia Joo Jang Mi, perempuan yang lurusss mencintai kekasih dia teramat sangat. Dia mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan membahagiakan.  Dia sangat sangat cintakan boyfie dia dan nak ajak lelaki tu kahwin. rupanya dia ni kena troll je haha. Kojaq hang laki. Laki tu taknak pun kahwin ngan dia. Saja nak play je. Masa perempuan tu prepare bilik hotel untuk lamar boyfie dia tu, berlakulah agenda yang entah apa apa sebab boyfie dia nak lepaskan diri daripada perempuan tu (sebab dia tanak kawen).  Dan masa tulah perempuan tu jumpa dengan hero citer ni. Hero tu kawan boyfie dia. Dia datang bilik tu untuk selamatkan kawan dia yang tak guna tu.



Siapa hero? Haa dia tu adalah seorang lelaki yang tak percaya pada perkahwinan. Dia memang berpendirian dia nak hidup single sampai mati.

So maksudnya cerita ni berkisarkan tentang lelaki yang tak nak kahwin dan seorang perempuan yang bercita-cita untuk hidup bahagia dengan perkahwinan.

Kenapa diorang boleh bersama? Sebab mak si hero ni salah faham kat satu part. Dia ingatkan perempuan tu marah and kecewa dengan anak dia. Rupanya salah orang. Masa tu perempuan tu memang ayu. So makcik tu memang kenan sangatlah ngan dia.

Tengah berlakon depan mak laki tu


Bila lelaki tu dapat tahu, dia suruh perempuan tu berlakon jadi kekasih gelap dia supaya mak dia tahu yang dia ada gigirl dan tak paksa dia untuk cari isteri! Haaa panjang ngat kan. Gigih aku cerita.
So bermulalah kisah diorang. Sweet je cerita ni sebab dorang saling backup membackup. 

Tapi yang tak bagusnya dari segi islam, diorang hidup cara orang kafir. Terpengaruh dengan barat.. dorang amalkan hidup serumah tanpa berkahwin. Hanya untuk berseronok seronok. Aku tengok pun rasa tak sedap aje.. datang rumah, berfoya foya, esok pagi balik. Macam tu je.

Yang best nya aku suka character perempuan tu. Dia seorang yang ceriaaa! 

Ni aku bagi tips sikit. Kalau nak menceriakan hidup orang. Atau nak menjatuh cintakan orang terhadap kita. Jadilah ceria hehehehehe. Tapi jangan terlampau ceria pulak. Naik menyampah pulak orang kang.

So macam biasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Apa konflik dia? Dalam cerita ni konflik dia tak tertumpu pada dia berdua je. Ada jugak konflik pasal family perempuan, family lelaki, kawan dia, sedara dia, tok nek tok cik semua ada masalah. 

Tapi just a simple problem je. Okaylah bagi aku, tak membebankan otak.
So sesiapa nak tengok cerita ni boleh mintak kat aku, satu episod murah je RM3!


Cheeeeeeesee! :p


Assalamualaikum 


No comments:

Post a Comment