Wednesday, October 22, 2014

Review Korean Drama : Sly and Single Again

Assalamualaikum

Hari ni IPG cuti peristiwa sebab esok Deepawali. IPG amek cuti sehari je. Walaupun tak best sebab cuti sikit, tapi better kot aku rasa sebab IPG tak amek berkat hari deepawali lebih lebih. Kata IPG Islam kaan..

Lagipun kat IPG ni dua orang je manusia yang berbangsa india. And dua dua lecturer. 
Acc sekarang tengah menunggu kot kot husbeng call nak ajak dating ke. Berangan melebih sangat kan kehkeh.

So aku pun tengoklah Single Lady ni.



Cerita ni bagi aku agak sedih. Sebab mampu menyentuh perasaan keisterian aku ni. Sebab dia citer fasal pasangan yang dah cerai . Tapi aku tak taulah nape, air mata tak nak keluar haha. 

Maksudnya belum cukup sedih. Aku je fefeeling sangat. Mungkin sebab patutnya cerita ni sedih, tapi dia buat jalan cerita ni agak santai dan kelakar, so jadi ok jerrr..

Okay, 
Ceritanya fasal pasangan suami isteri yang dah bercerai. Si suami sebenarnya bermula dengan seorang yang lurus dan bendul namun rajin belajar. Macam budak skema la gitu. Yang perempuan pulak tak pandai belajar and tak sambung belajar pun. Hanya mampu tolong parents meniaga kat kedai makan dorang aje.

So diorang pun berkenalan dan bercinta, dan akhirnya kawen.. kehidupan lepas kawen diorang sederhana je. Tak kaya pun. Duduk rumah kecik. Suami kerja. Isteri duk rumah, jaga keperluan suami. Happy lah senang kata.

Zaman bahagia suami isteri


Tapi suami ni ada perancangan untuk hidup lebih baik. Means dia ada rancang sesuatu untuk bagi family dia kehidupan yang lebih baiklah. Tapi dia perlukan sokongan isteri dia. 

Bila dia tanya, kalau dia buat sesuatu perubahan yang besar dalam hidup dia untuk kebaikan keluarga bersama, isteri dia percayakan dia tak?

And isteri dia cakap, of kos dia percayakan suami dia.


Bahagia adalah best ngehngehngeh



Tapi bila hari kejadian. 
Suaminya bagitahu dia berhenti kerja untuk usahakan bisness sendiri, dan memerlukan support isteri dia dalam beberapa tempoh masa tertentu untuk merealisasikan impian dia tu, isteri dia refuse. 

Dia tak nak. Dia sedih... Kenapa suami dia berani resign. Kenapa suami dia nak buat macam tu? Bagus sangat ke perubahan yang nak dibuat tu sampai sanggup mengorbankan isteri  sendiri? Kenapa? Nak bagi dia makan apa? Nak suruh dia hidup susah ke? 

Sebab of kos kalau kita nak buat suatu bisnes besar, permulaan dia memang akan perit. Dan akan menjebakkan ahli keluarga terdekat contohnya suami or isteri. Mereka akan turut rasa tempias kesusahannya. 

Sebab tu si suami tu tanya dulu awal awal tu.
Memang kesian sangat waktu ni. Dua dua makhluk tu aku kesian.

Kalau suami aku kesian sebab dia adalah seorang suami. 
Seorang suami, hebat mana pun dia, dia tetap memerlukan support isteri dia. Kalau tak de support, kekuatan dalaman tak ada, maka tak terzahir kekuatan luaran. Tak boleh nak berjaya. Makin susah nak cari jalan keluar dari masalah.. Dan biasanya tak berjaya sampai ke sudah. 

At least si isteri tu bagi la support, cakap cayok pun ok. Ni dia ignore terus. Dia merajuk dan marah. Memang tak nak tak nak betul lah. Sian suami dia... Hard time dia tidak ditemani oleh isteri yang dicintai. Cinta sejatikah itu? Cett

Ni part dah bersama semula. 


Kalau isteri pulak aku kesian sebab dia kena hadapi semua kesusahan tu. 
Memanglah dia merajuk, dia marah dengan suami dia, tapi sebenarnya masa suami dia sedang berusaha memulakan perniagaan tu, dia membantu sesuatu. 

Dia buat banyak benda dalam satu masa untuk meringankan beban suami dia. Dia jual ni, jual tu. Dia jadi saleswoman, dia jadi tukang cuci, jadi tukang potong daging lah apa. 

Tapi slacknya, bila dia balik aje dia merajuk ngan suami dia. So nampak macam dia watak yang tak guna. (sebab suami dia tak tahu yang dia bekerja untuk meringankan beban suami dia). 
Dan sampai akhirnya dia miscarriage T.T

Perempuan kalau kandungan dia gugur, dia akan jadi sangat sensitif, lemah dan sangat sangat stress dan tertekan. Deep. Deep deep. Semua yang selama ni kuat dia tanggung, terus terlepas,  terjatuh dan tak sanggup nak bertahan lagi. Macam gitu jugaklah perempuan tu. 

Dia terlampau sedih. Dia fikir, sampai hati suami dia sanggup susah susahkan dia macam ni, sampai anak gugur T.T 

You dah tak sayang ai! Kita putus!

Cenggitula lebih kurang..

Lagi pun kesian perempuan ni sebab... sebenarnya dalam tempoh kebahagiaan diorang, suami dia amat memanjakan dia ( macam aku je T.T ).

Nak apa? Suami belikan.
Tak suka apa? Suami tak buat.
Merajuk mengada? Suami layan aje, pujuk.

So bila berlaku perkara yang agak susah sikit, dia jadi tak mampu, goyang, susah dan tak boleh nak hadapi.

Macam tu la kot perempuan tu.

And kesalahan yang nampak paling jahat dia buat adalah meninggalkan suaminya di saat genting dan saat kesusahan suami dia. (Padahal orang tak tahu masa tu emosi dia terganggu sebab miscarriage T.T)


Zaman bersusah payah si suami 


Bagi aku baguslah dia buat cerita macam ni, mungkin kes penceraian kat korea dah terlampau tinggi. Salah satu inisiatif dia nak memberi kesedaran kepada rakyat adalah dengan membuat satu cerita yang berbentuk santai macam ni.

Yang bagusnya cerita ni,  bagi aku, dia nak bagitau, semua orang ada terrr silap langkah. Cuma dia akan dimaafkan atau tidak. Diberi peluang kedua atau tidak. Itu aje. 

Dan mengikut realiti. Tak ada peluang kedua pun sebenarnya untuk dia mulakan hidup baru bersama semula T.T

Tapi kalau nak yips aku boleh bagi hehe.

Antaranya adalah : Walaupun dia buat jahat kat kita. Dan sangat pedih menusuk ke jantung yang paling pisang sekali, ingatlah kebaikan dia. Bukankah dulu kita pernah berbahagia dengan kebaikan dia? Kenapa sekarang kita menidakkannya pulak?

Panjang pulak aku bebel.


Huhu lain kali nak bergaduh ingat, jauhi penceraian. Sebab penceraian ni akan menyebabkan banyak penyesalan. 

Pasal cerita ni, korang tengoklah sendiri, baru tahu lastnya cane (hehe tak aci ngat kan)


Okay bye! 

Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment