Tuesday, October 21, 2014

Laporan Trip to Sabah With Classmates!

Assalamualaikum

Sekarang aku tengah semangat nak tulis fasal trip to Sabah yeyyyy! So, sebelum ia basi dan semakin luput dari ingatan, better aku buat sekarang.

Okay, nak dijadikan cerita, PISMP 4.06 BA (kelas aku lah tu) dah lama tak jalan makan angin. Kiranya sem ni dah sampai tahap mengidam sesangat dah ni.

So dengan izin Allah, semester 4 ni ada subjek yang membolehkan kami jalan jalan! Iaitu amali fotografi. And biasanya senior senior memang akan berjalan jauh sikit sebab nak sekalikan dengan rehlah hehe.

So kitorang apalagi, teruslah fikir pergi tempat jauh jauh sikit hehe. Lagipun amali fotografi ni ada lecturer ikut, jadi kitorang lebih confident nak gi jauh sikit. After this nak gi oversea pun boleh sebab dah ada pengalaman hihi.

Masa mula mula rancang nak gi mana tu, ramai yang cadang, "nak naik flight! nak naik flight!"

So memang kitorang terfikir Sabah je lah. Lagipun kelas kami tak ada budak Sabah Sarawak so jadi macam melancong habis habisan lah kalau pilih gi sana. 


Muka excited happy nak pegi Sabah hiiihihihii


Menunggu boarding :) Duk kat KFC 


Perancangan dan persiapan dibuat awal awal sem lagi. So kira amek masa 4 bulan jugaklah kami berhempas pulas. Ceh berhempas pulas sangat aku, padahal orang lain yang buat kerja hahah.
Persiapan sebelum pergi tu aku tak tahu sangat sebab aku tak uruskan. Aku AJK bawahan je. AJK makan nasik dan minum air sirap hehe.

Piongggg Piangggg Piongggg Piangggg, maka tibalah 16hb Oktober 2014. 
Hari tu hari Khamis. Ada kuliah ok pagi tu. Sheikhuna Ustaz Hamid masuk kelas mengajar Adab Nusus. 
Kami hati dah takde kat kelas ni haha. 
Barang pun tak siap kemas lagi. Habis class pukul 9.45 pagi. Ada masa beberapa jam lagi nak pukul 12 tengah hari. 
Sebab jam 12 bas IPG akan hantar kami ke airport KLIA 2.
Flight kami ke Kota Kinabalu (KK) 3 kali trip. 
Paling awal pukul 2 lebih. And paling lambat area jam 4 gitu. 


Rombongan trip pertama 


Aku trip kedua. Trip kedua area kul 3 lebih. Ketua rombongan Yasir. Trip kami yang paling ramai sebab tu kena ada ketua bagai haha. 

Alhamdulillah after isyak, kesemua 25 orang kami selamat sampai..  
Kat sana, JPP IPG Kent dah tunggu kami. Dorang bawak kami gi makan dulu sebab tahu kami lapar kot haha. 
Lepas makan baru kami gerak ke IPG Kent. Kat sana pun rupanya ada orang dah tunggu kami. JJP yang lain lainnya. Dorang bagi taklimat sikit and then bagi kami bilik. Sebelum masuk bilik tu En Razak suh kami amek gambar, bagi bukti kat pengarah yang kami betul betul pergi sana atas urusan rasmi :p

YDP Kent. Memang bagus dia ni.. Memang patut jadi YDP :)

Sebahagian JPP IPG Kent

 Haipppp tengok apa tu bang -.-


Tengok kami laaa


DAY 1


Hari pertama kami sangat bersemangat nak jalan jalan. So dalam pukul 7.00 pagi kami dah kumpul. Tapi aku rasa macam kumpul pukul 9.00 pagi kat Bangi. Matahari dah naik.. teruja mak . Pagi tu aku iron baju ngan dengan malasnya dan mata nak tak nak je bukak. Sekali kawan aku Ara datang bilik selak langsir, tekujut beruk aku. Dah teraaaang!. Aku ingat aku dah lambat haha sebab baru nak iron kannn


Sebelum gerak, haruslah kita tunjukkan baju baju kita yang cantikkk dulu , ya kann ?



Saja kami bawakan pejuang Palestine supaya kami sentiasa beringat tentang saudara kami di sana. Takbirrr! :3


So after sarapan kami pergi Jambatan Tamparuli dulu. Bila semua dah naik, ada setengah budak budak ni gi goyangkan jambatan tu, macam nak terbang dah aku rasa. Biasalah kami jakun kehkehkeh

Wanita cantiksss


Semangat nak bergambau ye Yasir




Suke suke sukeeeeeee


Gambar ni saja aku ambik yang tak sedia. Ngeh3



Selfieee.. Jarak dia jauh ni senanya, tapi dalam gambar nampak macam dekat. Jangan kontroversi, haipppp!


Ni jalan raya. Rilex je dia buat jalan tar macam jembatan. Serius tak pernah tengok.. 


After that, kami melalui jalan yang panjang dan sukar namun sejuk hehe. Iaitu kami pergi ke kaki Gunung Kinabalu yeyyy! Sejuk.... walaupun dalam van aku duduk belakang sekali row 5. Terhentak hentak aku rasa tengah main roller coster haha. Tapi best alhamdulillah



Tuuu Gunung Kinabalu!

Hottest Nine. Yekereeee



Sweet 17. Yeseeeeeee




Bersedia nak melompat. Syaroo rilex syaroo haha



Tengok camera cikguu! Cheeseee



Bila dah penat melompat lompat kat kaki Gunung Kinabalu tu, kami nak gi mandi air panas kat Poring. So kami berhenti kat pasar tamu untuk beli baju buruk or baju second hand buat pakai mandi ja pastu buang haha. Sebenarnya dorang tak rancang pun nak mandi situ. Tapi biasalah kalau dah berjalan, habis habisan lah berjalan kan. So classmates aku semuanya gi beli  baju + seluar + tudung harga area RM10. Kena pandai tawar beb.. Lagipun diaorang beli ramai ramai so memang dapat murah. Aku tak join sebab aku terpisah ngan diorang. Bila jumpa je dorang dah siap membeli belah baju  tu.



DAY 2


Hari kedua gerak lambat sikit sebab nak bagi driver tidur lama sikit. Dalam 8.30  pagi baru kumpul. Lambat tu kalau di Sabah.

So , azan subuh area 4.45 pagi. Aku bangun pagi tu rasa macam bangun tahajud kat Bangi T.T Okay cuba bayangkan ea. Kul 5.00 pagi sampai 8.30 pagi. Panjang  tak masa tu? 3 jam weh. So, sepanjang masa yang lama tu nak buat apa? Apa lagi, tidur lah hehe. Tapi yang menjadi kekaguman aku sampai sekarang ni adalah, aku rasa aku dah tidur lamaaaaa dah masa tu, tapi tak sampai jugak pukul 6.00 pagi. Ok, Sambung lagi tidur……… Tengok jam semula, tak sampai lagi pukul 7. Bila nak 8.30? haha aku rasa pagi aku sangat panjang. Tidur lama sangat rasa macam tidur sampai pukul 11 pagi haha. Ta’ajub ngat

Lompat si katak lompat...
Lompatlah tinggi tinggi...


Say Alhamdulillah!


Lepas sarapan kami gi pasar philipine (tak tahu eja ngeh3). Aku ngan suami memang dah aim nak nak bershopping betui.. Sampai je pintu pasar philipine  (PP) tu kami pun  serbuuuu. Haha. Memang best. Masa tu aku perlukan suami aku. Aku mintak maaf kawan kawan lelaki kelas aku tak dapat bagi ilyas jalan sekali ngan korang sebab aku memang memerlukan ilyas masa tu. Sebab aku tak confident pilih barang sorang sorang. Nak ada husbeng jugak hihii. Lagipun ni nak bagi famili kan so kena pilih sesama lah.

Kat pasar philipine tu banyak sangat sangat sangat cenderahati Sabah yang best. Kita kena pandai pilihlah. Sejak dah kawen ni aku rasa aku dah pandai pilih barang yang better dan berkualiti. Sebab kalau tak mesti aku belikan adik aku si markonah tu gelang tiruan yang 3 utas RM10 tu haha.
Bestnya shoppinggg hehe. Best shopping kalau dapat beli. Tapi kalau dapat tanya harga je aku rasa tak best. I mean aku suka shopping bukan window shopping :p

Nyam nyam

Makan durian. 


Makan makan makan 


Lagipun aku shopping sakan ni semua untuk bagi orang. Orang orang yang dekat dan penting  makin bertambah dalam hidup aku. So kami berasa perlu memulakan budaya memberi dalam family ilyasiddiqah ni. Tapi tak semualah dapat. At least kami cuba beri. Yang tak dapat kami beri untuk kali ni,  Insyallah akan datang pula. Semoga Allah memudahkan lagi urusan hidup dan urusan agama keluarga ilyasiddiqah ameen.


Oh  ya, fasal PP tu senanya En Razak, lecturer kitorang tak kasik beli kat PP tu sebab dia kata mahal. Dia suruh kami semua tengok je barang kat PP. Tapi beli kat pasar Jamilah (PJ). Aku ngan suami dah round satu PP cari beg corak batik dengan kain sarung. Bagi aku h harga dia ok. Tapi bila dengar cikgu cakap gitu, kami pergi lah  PJ, nak tengok murah sangat ke kat sana. Tapi bila sampai sana, aku rasa Pj ni lebih banyak menjual mutiara mutiara , gelang gelang dan sewaktu dengannya. Yang aku nak ni tak dak pulak kat situ. Ataupun aku tak sempat jumpa lagi barang tu kat sana. So kami patah balik pergi PP. lagipun memang kami dah aim satu kedai kat sana, sebab makcik tu bagi harga memang murah ngat. Hehe alhamdulillah.

And Alhamdulillah dan nasib baik dapat suami sporting dan tak banyak cekadak. Ikut je aku nak patah balik kali ketiga pun  haha.

Aik apasal pasar punya ceritaa panjang ngaat ni ngahngahngah

After membeli belah tu  kami teruskan perjalanan. Nak pergi Papar, rumah kakak kak teha. Ok time ni sesat. Kami melalui jalan yang sama, u turn 3 kali kat situ jeee.  Rancang makan pas asar, tapi sampai sana lepas maghrib. Tapi Peergh makanan dia memang sodap. Sebab datang untuk makan je so memang aku cerita fasal makanan dia jelah. Udang dia gemok gemok dan manis manis. Nasib baik aku amek sekali tu terus banyak, cukup untuk aku makan. Sebab kali kedua aku bangun tengok sudah licinggg. Lagipun masa datang tu perut semua memang tengah lapar gila. Memang sedap ah makan time lapar lapar. Terima kasih akak dan abang!





Kat rumah kakak kak Teha. Udang 7 kilo dia masak beb



Tunjuk tuan rumah. Tuuuuuu



Malam tu kami terus balik IPG Kent. Tapi senanya tak terus balik pun. Kami nak singgah kat mana mana tempat best. Tapi bila kami jalan ja tengok semua tempat pub pub je so tak jadi. Dalam perjalanan balik tu, nampak orang jual durian. Teringin jugak nak rasa durian Sabah. Makan punya makan RM100 terbang haha. Terus insof semua budak budak ni. Nak balik terussss taknak singgah mana mana lagi haha.

Yela kat bangi bersepah durian pun tak pernah beli. Ni kat Sabah nak try try pulak. Memang kenalah..


Alhamdulillah 19hb kami selamat tiba di KLIA 2 dan pulang ke asrama dengan hati yang hapipipipi
Aku harap lepas ni kelas aku dapat gi lagi jauh dan pengalaman kami akan lagi bertambah. Ameen

So setakat ni jelah aku mampu tulis. 
Jazakallah kawan kawan. Jazakallah semua ahli jawatan kuasa tertingga. Jazakallah semua. 
I love uollsss 
Kenangan yang paling best after rehlah ke Melaka hehe.

Memang thorbaiklah 

Pasni Krabi ke Bandung? Nantikan kehkekeh.


For the plasure of Allah

Sebelum tu nak belanja gambar atas awan :p

Kami jakun


Tapi Alhamdulillah kami jakun atas kebesaran Allah.. hihi






Assalamualaikum 


1 comment: