Searching for ......

Monday, November 24, 2014

Kek Koko Lembab Sedap Dan Mudah!

Assalamualaikum

Okay untuk resepi kedua cuti kali ni, aku buat kek koko lembab sebab ibu kata dia teringin sangat nak makan lepas gi Sabah ritu. Katanya kawan dia kat Sabah tu buatkan sedappp. Teringat ingat sampai sekarang.

Ibu memang jenis teringin nak makan, tapi suh aku yang buat. Kareplah -.-

So pagi2 aku dah keluarkan bahan2nya supaya bersemangat sikit nak buat (walaupun malas senanya sebab tak ada orang kat rumah ni nak makan T.T).

Tapi buat ajelah, ibu nak makan kan. Lagi pun esok balik kampung boleh bagi Atok hehe.
So senang aje bahannya :

 Tepung, telur, minyak, soda bikarbonat, tepung penaik, susu cair, susu manis, serbuk koko. Yang cawan tu aku gunakan untuk sukat bahan. 

Oh iya, jangan lupa 

Gula hehe. Aku yang lupa korang yang kene

Okay jom try buat kek sedap dengan hanya menggunakan sifir yang mudah. 
Kita sediakan bahan ikut abjad ok? 
Kita ada A, B dan C.

Bahan A : 

1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan serbuk koko yang ditapis
2 cawan minyak masak

Campurkan semua Bahan A dalam satu periuk, gaul dan panaskan atas api sampai sekata. Tapi jangan sampai mendidih tau. 

Gaul-gaul-gaul sampai sebati. Pastu bila rasa macam dah okay je, letak tepi. Biar dia sejuk sendiri.

Pastu kita berpindah ke, 

Bahan B :

7 bijik telur ayam

Pukul telur guna mixer sampai kembang dan nampak berat. 
Camni ha 

Due to the low class camera tab, gambar nampak tak lawa dan kusam. Hehe boleh lah

Pastu dah rasa okay, letak tepi. 

Kita pergi pulak ke, 

Bahan C 

3 cawan + 2 sudu tepung gandum siap diayak
2 sudu soda bikarbonat
2 sudu tepung penaik

Dah siap ayak, letak tepi.

Okay bila dah siap ketiga-tiga adunan tadi, kita panaskan dulu periuk pengkukus, 

Ibu punya pengukus memang tradisional sikit siap ada tuala haha. Tuala tu tujuan dia supaya wap air yang naik jadi air tu tak jatuh ke dalam kek bila kita bukak penutup tu nanti. Ni tula khas untuk dia aje ye, bukan tuala buat mandi tu. 

Okay langkah seterusnya, 
Campurkan adunan A dan B. 
Kemudian, gaul-gaul guna senduk sampai sebati. Buat slow-slow aje, biar dia lebih cantik teksturnya nanti.  
Bila dah sebati, campurkan pula adunan C yang tepung tadi. Gaul-gaul lagi sampai sebati. 

Bila dah nampak tekstur dia cantik, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam loyang. Kalau aku lebih suka letak dalam cup cake punya bekas supaya lebih mudah nak makan dan bila makan nanti terasa diri syomil hihii. 

Comot takpe asalkan sodap ye dak?

Pastu masukkan dalam periuk pengukus, tunggu dalam 20 minit, angkat dan mamam yeyyy! 

Ni lah hasilnya , 

Walaupun nampak buruk tapi ibu kata sedap hehe. 

Masa nak masukkan adunan tu dalam bekas cup cake ni, masukkan separuh aje tau jangan penuh2, sebab nanti dia akan menaik ke atas camni. Lagipun kalau tebal-tebal dia tak masak sedap sangat dalamnya. Ok?

Dan aku buat dua jenis senanya. Satu masuk dalam bekas cup cake, satu lagi buat dalam loyang. Kalau dalam loyang tu lama sikitlah kukusnya, area 1 jam. 

Kalau nak tahan lama, 3 jam kukusnya. Tapi kalau kat rumah aku tak sempat nak fikir tahan lama ke tak dah habis dingap. So takyah kukus lama pun tak kesah. 

Okay selamat mencuba! 

Thank you!
For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment