Searching for ......

Sunday, November 23, 2014

Resepi Cheesy Wedges Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

Assalamualaikum

Sejak ibu pencen dan duduk rumah dengan rilexnya ni, aku and kinah suka merengek-rengek mintak makanan. Nak manja sikit. Kalau tak asek aku aje yang kena jadi bibik kat dapur. Tapi tak pandai2 pun masak wakaka

Tapi nak makan onde dot. Jam tu mintak jam tu nak ngap.

So antara side dishes yang ibu selalu buat sebab dia sangat sedap, cepat disediakan dan macam power lah gayanya adalah wedges.

Senang je. Tak ajar pun boleh buat tahu?

Bahan : Kentang, mayonis, sos cili. 3 jerr

Okay jom tengok aku buat



Ambil kentang. Basuh bersih2 dan kopek kulit dia. 
Si Markonah kata jangan kopek habis kulit diasebab kulit kentang bagus untuk kesihatan. Boleh cegah cancer kot.

Pastu potong macam nipis macam kat kepci tu. Potong sederhana nipis ea supaya dia mudah masak nanti isinya. 

Ha camni 

Pastu goreng terus. Tak yah letak pape. Ok? Api jaga. Jangan terlalu kecik nanti lembab dengan minyak. Jangan terlalu besar nanti tak masak sempurna dalamnya. 

Ha sampai jadi camni. Angkat.


Pastu letakkan sos cili ngan mayonis. 
Dah siap! :-) 


Bolehlah cuba kalau korang rasa malas sangat nak buat makanan tapi nak makan. Selalu gitu kan? Hehe


For the pleasure of Allah
Thank You
Assalamualaikum 


No comments:

Post a Comment