Friday, November 28, 2014

Review Korean Drama : Big Man

Assalamualaikum.

Cerita yang aku tengok kali ni agak berlainan denfan cerita-cerita sebelum ini sebab kali ni aku ditemani oleh my twin yang dah lama kita tak jadi twin T.T iaitu Sakinah. Lama dah kita tak tengok drama sama2 kan. Best rupanya tengok citer sama2 ni. Teringat zaman2 cuti masa dulu2 T.T

So tak nak panjang-panjangkan cerita, jom kita tengok review kali ni. So kali ni adalah review cerita Big Man. Citer ni baru lagi tak silap aku.



Cerita ni berkisarkan tentang seorang lelaki yang yatim piatu sebab ditinggalkan oleh maknya di sebuah gereja masa dia baby. So  hiduplah  dia di sana dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuhi seorang diri  sebab dia tak ada back up daripada family. Saaampailah dia besar.

Bila dia besar, dia duduk dengan sorang ibu tunggal yang gila2. Dia panggil makcik tu omma. Kira dia anggap makcik tu macam mak dia lah. So hidup dia hanya membantu omma dia kat kedai makan kecik tu. And hidup dia macam tak ada tujuan hidup jugaklah sebab dia banyak gaduh ngan gengster, dituduh memukul, membunuh dan macam2 lagi lah masalah dia ni. Okay stop pasal dia.

Pastu ada satu family ni. Dorang orang kaya. Ada supermarket besar. Ahlinya suami, isteri, sorang anak laki and sorang anak perempuan. Suatu hari anak laki kesayangan diorang ni, kemalangan. Koma dan memerlukan hati sebab hati dia lemah ke cemana entah. So dia memerlukan hati penderma. Jadi, parents dia ni kat anak laki dia, sebab anak dia bakal terajui syarikat suatu hari nanti. So dorang macam terdesak sangat nak dapatkan penderma, dorang upah orang carik sorang manusia yang takde famili, takde life, takde sesapa take care, takde orang akan perasan kehadiran dia, untuk dibunuh dan diamek hatinya.



Misi dijalankan mengikut apa yang dirancang. Si lelaki miskin tadi dipukul kat bahagian tengkuk atas sikit supaya otaknya dapat dimatikan. So bila sampai sepital, dia disahkan dead brain. So bila macam tu, bolehlah doc amek hati dia untuk bagi kat si anak orang kaya tadi.

Tapi... Bila doc mula nak bedah, tiba-tiba darah memercik, nadi bergerak dan degupan jantung kembali! Si miskin mula hidup semula. Dia tak brain dead!

Kuat semangat dia untuk hidup. Sebab dalam mimpi dia, dia rasa macam...kenapa selama ni tak pernah ada orang nak tolong dia bangkit bila? Dia kena belasah, pukul, ejek. Tak pernah ada orang nak hulurkan tangan, hulurkan simpati, hulurkan bantuan. Tak pernah. Semuanya dia perlu bangun sendiri. Bangkit sendiri. Jadi dia tersedar, dari dulu tak ada orang hulurkan tangan untuk dia, kenapa sekarang baru dia nak lemah semangat bila tak ada orang nak tolong dia? Jadi, dia bangun! Sedar dari koma!

So bermulalah kisah si lelaki miskin dalam keluarga yang tamak dan teruk ni tadi..

Kisah ni kisah tragis dan penuh dengan debaran. Tapi rilex sikit dari cerita cyber ghost.

Not bad lah..

Aku suka citer ni sebab hero and heroin dia tak penah berlakon jadi watak utama, so watak yang dia bawak tu lebih hiduplah orang kata.

Lepas tu karaktor si hero ni agak lain sikit. Baik tak baik sangat. Jahat pun tak jahat sangat. Okay lah, tak nampak macam nak mengampu penonton sangat. Hehe pandailah aku

So itu sajelah yang mampu aku coretkan.
Tengoklah sendirik ye kalau nak tahu lebih lanjut lagi. Den tak larat nak nulis sampai 16 episod tehee.

For the pleasure of Allah
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment