Searching for ......

Monday, December 15, 2014

Kad Kahwin Ilyasiddiqah Designed By Ilyas

Assalamualaikum

Alhamdulillah hati gembira sebab perut dah kenyang dipenuhi dengan lauk pauk yang sedap dimasak oleh chef asidiqoh jaujal-ilyasi fil-berangi min-renggami. Hehehe. Sedapnyaa. Dah kenyang pun teringat ingat lagi. Lauk daging masak cili api ubi dengan sayur brokoli rebus. Yam yam yam cedapnyeeeer T.T Bukan aku puji aku masak sedap, tapi sebab sejak azalinya menyebut nama lauk itu pun sudah terasa nikmatnya, inikan pulak kalau dapat memakannya. Ye dak?

Ok saja ja bagi mukodimah. Hari ni nak start balik citer fasal kawen hee. Mood kawen bangkit semula ni sebab hari tu baru pegi majlis kak yam. Teringat semua kenangan-kenangan masa majlis aku. Uwaaa rindu rinduuu. Tapi betulll, kawen ni salah satu part yang paling indah dalam hidup kita. Memang sangat indah.

So kali ni nak citer fasal kad kawen aje. Kad kawen aku dulu susah jugak nak decide. Sebab kitorang buat sendiri kad kawen. Memang nak buat sendiri. Tapi bukan akulah yang buat, suami tercinta yang buat. Kalau dulu kira tunang yang buat hehe.

Page depan


Page belakang


Design sendiri, takde tiru memana. Memang full by suamiku Ilyas.

Masa untuk mendesign tu memang agak lama sebab masa tu kitorang tengah busy kat IPG. Asyik tertangguh2 aje. Pastu bila dah siap, tunjuk ibu ayah, kena reject, betulkan semula. Haha. Nak betulkan semula amek masa jugak. So memang lama la nak buat kad tu. Hurmm.. mungkin juga pengurusan masa tak berapa efisien huhu.

Pastu tempah dekat Kad Kahwin Borong HQ. Kitorang tempah 1000 pieces hari tu, so dapat sekeping dalam 15 sen tak silap. Amek yang paling murah kehkehkeh.
Korang search je internet type kad kahwin borong HQ,  insyallah jumpa sebab dia ada banyak cawangan. Kitorang guna yang cawangan Melaka. Kenapa entah pilih yang jauh haha. Tapi service dia baguslah alhamdulillah.

And dalam kebaikan pasti ada buruknya. Sama lah dengan perihal kad kawen aku ni. Antara yang buruknya sikit adalah : 

Pertama : nak jimat punya fasal, amek kad yang paling kecik. Sekali dapat, tengok terlalu kecik la pulak T.T Memang sangat keciklah bagi aku. Orang-orang tua susah nak baca. Pastu ada dua pengantin pulak tu. Lagi lah kecik… Dan nampak sempitt. Terkilan jugak. Bila dah siap 1000 pieces baru terperasan, alamak keciknyeee, nape kita tak ukur dulu kertas ikut ukuran yang dia dah bagitahu tuuu, main setujuuu aje pilih ukuran tu T.T

Kedua : Sebab takut-takut tak cukup, aku tak dapat bagi kad kawen pada ramai kawan2. Terutamanya kawan-kawan IPG. Sebab kalau kawan SMAPR atau kawan sekolah rendah semua dah jauh-jauh sekarang. So memang akan jemput melalui FB aje. Terkilan sangat tak dapat bagi kad. Aku rasa macam eksen sangat aje aku ni T.T Pastu tetiba hari kejadian tu ramai pulak yang dapat datang. Lagi aku terkilan. Sorry tau kawan-kawan. T.T

Okay itu aje masalah kat kad kawen.

Tapi biasalah kan. Mana ada majlis yang berjalan perfect. Mesti ada satu dua complang. Apa-apa pun aku bersyukur semuanya telah selesai dan berjaya dengan sangat jayanya T.T Alhamdulillah.. rindu hari kawen… huhuu…

Okay itu aje nak cakap.. semoga kita bertemu lagi di lain cerita…

For the pleasure of ALLAH
Thank You
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment