Saturday, February 28, 2015

Mari Bersyukur Dengan Apa Adanya Kita..

Assalamualaikum

Aku rasa baik juga kalau aku mencoret2 di kala ini. Sementara masa tidak mengejar-ngejar aku seperti orang mabuk cinta yang merindui orang yang dicintainya, sambil2 dibuai dengan lagu2 hindustan yang begitu menusuk kalbu romantis aku ni ye dak? (╯3╰)
Alhamdulillah hari ni cuti dan begitu banyak masa terluang. Dari pagi ni aku baring tak bangun2. Teruk juga aku ni ya.

Kehkeh.
Takpe dimaafkan.

Hidup ini sebenarnya terlalu banyak benda yang perlu kita syukurkan. Kau bersyukur jadi kau,  aku bersyukur jadi aku. Jadi bila kita sibuk dengan bersyukurnya nikmat yang Allah berikan ini, kita tiada masa nak meng-aduh pun tentang kesakitan, keperitan dan kesusahan yang kita alami.
Contoh yang paling simple adalah seperti aku yang berbaring di atas katil daripada tadi ini.
Allah memberikan aku masa yang lapang sehingga aku berasa kebosanan tidak bersyukur. Allah berikan aku ketenangan fikiran dan hati. Walaupun banyak assignment dah dapat tapi wat lek dek je macam tidak ada pape yang berlaku. Pagi tadi pula, Allah mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh.

Nikmat manakah yang kau ingin dustakan wahai si hitam muka berbelang aisyah assiddiqah?
Jika kita selalu ingat yang kita perlu bersyukur maka tidak lah kita selalu meminta minta pada makhluk. Kita akan rasa cukup aje dengan apa yang kita ada.
Kalau kita tak berjaya lagi mendidik hati kita untuk sentiasa rasa cukup dan bersyukur, maka selalulah tengok orang yang lebih susah,  orang yang lebih diuji daripada kita. Insyallah kita akan terdetik rasa syukur menjadi kita pada ketika itu.
Bersyukurlah selalu, bersyukurlah sentiasa, semoga Allah menambah2 lagi nikmat buat kita. Ameen..

Dil laga deya,
Meni tum sepia kareke v..
Tum sepia kareka..

For the pleasure of Allah
Thank you
Assalamualaikum

Friday, February 27, 2015

Tips Kahwin Semasa Belajar Di IPG

Assalamualaikum

Over sangat hari ni forum hari ni jugak nak buat entry. Tahulah kau panel  ≧∇≦

Haha takde lah. Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab aku yang bercakap. Aku bukan pandai pun bercakap. Menyanyah ye reti. 

●︿●

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku harap semua yang nak aku sampaikan,  sampailah di hati penonton. Aku harap aku sampaikan benda2 yang baik saja. Aku harap penyampaianku ikhlas dari hati dan dengan forum tadi aku harap aku dapat berdakwah, ameen.

Aku tidak menghalang perkahwinan semasa belajar. Serius tidak. Sebab aku tahu siapa yang nak kahwin masa belajar tu dia dah sedia dengan pelbagai ujian dan dugaan. Dah bersiap sedia.
( Kalau kau tak rasa boleh handle masalah, jangan rasa nak kahwin. Itu masalah. )

Dan aku tahu bahawa yang menanggung semuanya adalah dia. Bukan aku. Bukan kau.
Jadi aku doakan yang baik2 sahaja. Kita jangan menidakkan perkara yang baik. Allah pun telah kata ia baik. Siapa kita untuk kata tidak baik?

Namun begitu, pantauan ibu bapa mengenai hal ini amatlah penting bagi memastikan kita tidak tersungkur di dalam misi utama kita iaitu belajar.

Kita kena ada ibu bapa yang support kita dan selalu ingatkan kita tentang peraturan, apa yang boleh apa yang tidak. Apa yang aula apa yang tidak. Apa yang baik apa yang tidak. 

Pasangan muda mcm kita memang perlu dipantau.

Bagi saya sendiri secara peribadi, saya tidak merasa berkahwin satu beban semasa saya belajar. Sebab suami jenis fahamdan memahami. Contoh, semasa belajar kita tangguhkan dulu perihal anak.

Apa yang berlaku nanti masa study bila ada suami? Tak ada apa2 yang berlaku. Takde pulak suami mintak ni mintak tu. Kena buat ni kena buat tu. Ini bukan zaman purba suami adalah raja yang tegas dan garang. Ini zaman sekarang, suami adalah raja yang berjiwa rakyat.

Jadi, lalui aje kehidupan seorang siswi. Macam dia, macam dia, dan macam dia. Sama.
Cuti balik kampung, balik rumah suami atau isteri. Buat keputusan bersama. Dengan kasih sayang. Tiada masalah.

Mungkin dari satu segi Allah permudahkan urusan aku sebab aku dapat suami macam ust Ilyas, dapat ibu bapa macam ibu ayah, dapat mertua macam ummi abi.

Tak ada yang menyusahkan. Semuanya menyenangkan, support, sayang. Alhamdulillah haza min fadhli robbi. Saya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini.

Tapi saya tengok kak Maryam, Azie, kak Salina, macam tu jugak. Means dorang pun tak mengalami masalah yang teruk bila dah kawen. Cool je Azie, kak Yam, kak Sal. Cuma sakit rindu tu biasalah.. Rindu suami satu nikmat apa.. Jangan rasa ia satu masalah.. Bermasalah lah hidup kau kalau macam tu haha

Maksud aku kat sini, aku tak nampak lagilah masalah yang sangat besar dan teruk bila kawen masa study ni. Ini pendapat peribadi aku lah. Jangan banned aku pulak haha.

Cuma mungkin yang kakak2 risaukan adalah kematangan kita dalam mengurus rumah tangga. Dan mungkin perihal anak. Perihal duit tak masuk sebab tu masalah kau. Sapa2 pun tak boleh bantu, pandai2 kau lah nak settle macam mana.

Baiklah adik2 semua, awak jangan rasa nak kawen kalau awak rasa awak belum boleh. Awak sendiri tahu sebenarnya awak boleh ke tak.

Saya tak nak tanya awak boleh ke tak sebab tu bukan masalah saya. Awak tanya diri sendiri.
Dan jawablah sendiri.
Boleh? Atau tidak?

Dalam masa nak menjawab persoalan tu fikirkan tentang persiapan diri (agama la paling penting).. Tentang urusan suami, urusan kewangan, urusan pelajaran, urusan anak (kalau terrrdapat hehe). Fikirkan semua solusi semua benda tu dulu baru boleh jawab. Jawab dalam hati je sebab tu untuk awak.

Lagi satu, bila kita nak atau dah kawen ni kita kena kurangkan masalah kita dengan pihak IPG. Kalau boleh jangan cipta masalah. Means kalau IPG tak kasi kawen lagi jangan memberontak. Jangan kawen dulu. Tunggu.. Kalau dia tak kasi ada anak masa belajar jangan buat anak. Tunggu jugak.. Mesti ada perancangan untuk semua tu sebab kita kena sedar diri yang kita tu student IPG.

Ha mcm tu la sebab IPG lain dengan IPT. Kalau IPT kau nak dapat anak 10 pun semua orang bergembira dengan keputusan kau. Tapi kalau IPG, no no no. Jangan sekali2. Jangan cuba2.
Sebab situasi kita berbeza so aku bercakap berdasarkan situasi kita di IPG.

Jadi aku nasihatkan semua antara kamu, berkomunikasilah dengan Allah selalu, supaya Allah beritahu kamu apa yang terbaik sekali untukmu.

Jangan tergesa2 sebab situasi kita berbeza. Berbeza dengan dia, dia, dia dan dia.
Kepada bakal pengantin IPG, selamat menyiapkan diri menjadi bidadari buat suamimu, selamat menghadapi segala susah senang belajar di IPG dan selamatlah perkahwinanmu insyallah ameen.. `(*∩_∩*)′

Kepada yang masih keliru, banyakkan berdoa, minta Allah berikan jawapan untukmu dan jangan lupa istikharah. Semoga jodohmu adalah orang yang baik dan terbaik untukmu. Ameen..
Kepada yang masih single. Teruskan berdoa. Jangan malu minta suami soleh daripada Allah. Allah ada semua tu. Allah memang tengah tunggu awak minta saja. ╰(*´︶`*)╯

Kepada para isteri di IPG, selamatlah mengharungi susah senang di IPG. Kuatkan hatimu. Selamat menjadi isteri yang semakin hari semakin solehah. Jaga nama baik suamimu, jaga auratmu, jaga batasanmu dengan kawan2 lelaki dan jagalah hatimu supaya cinta pada suami sentiasa mekar dan mewangi..

Bercintalah sampai ke syurga wahai dua insan yang sedang bercinta.

Wa Allahu a'lam.
For the pleasure of Allah.
Thank You
Assalamualaikum (♡˙︶˙♡)

Hadiah Birthday Tahun Pertama Jadi Wife!

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya aku ada rasa rindu pada blog ni  ╥﹏╥
Ingat nak menyenyeh2 tapi takde point tak best jugak. Tadi baru je habis forum kau bujang dia isteri orang. Aku salah sorang panel. Dan aku tak tahu lah bagus ke tidak aku cakap sob sob. Dakpelah belajar kan..
So what is the present that my ami gimme for my birthday?......
Handset hehee

Antara gambar terawal yang disnap hehe. Meletiak



Alhamdulillah simple je handset. Nape handset? Sebab keperluan. Mula2 nak hidup lepas nikoh ni memang kita kena utamakan keperluan daripada keinginan sebab duit cukup2 ja haha. Dakpelah kan baru salah senang susah bersama. Gittewww

Actually aku ada tab lenovo sebijik. Tapi sebab dah taknak guna atas faktor makin naik sem makin busy so tab tak sesuai di bawa ke mana2 dengan mudah. So aku decided nak tukar. Ami kasik. So kita bincang, handset tu jadik hadiah besday. As simple as that jer.

Antara lainnya macam biasa dia belikan aku big apple and pilih donut yang manisss2 belaka.
U ni.. Mentang2 laa i manis..
Saja tauu ( ˘ ³˘)♥
Maceh love.
I love my ami more.
So nasihat aku kepada aku dan kau yang sedang baca, nanti baru kawen ekonomi rumah tangga tak berapa stable, kita jadikan barang keperluan kita sebagai hadiah supaya ia nampak lebih bermakna dan tak membazir.

Sekian sahaja coretan saya yang masih terkejut dari bangun tidur ini.
May Allah bless u n me. For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum.
Dapat hanset terusss selfie ngan ami hehe


Thanks And Assalam!

Wednesday, February 4, 2015

How I Manage My Small Family

Assalamualaikum..

Hehe saja ja nak bercoretan sementara menunggu lecturer masuk nih. Sambil sambil boring buat rph.
Back to the topic. Family di sini bukan lah family besaq pun.. Hanya family ilyasiddiqah saje. So ceritanya adalah macamana aku manage family kecik aku ni time bila? Kita spesifikkan sikit, time nak balik asrama a.k.a kolej kediaman.

Ohye jangan salah faham.. aku ni bukanlah seorang wanita sempurna yang bagus, siapkan baju suami sharp on time, masakkan makanan pagi2 lagi, sentiasa buat baikkk je tak ada salah langsung apa semua. Tak tak bukan aku tu hehe.

Tapi tidaklah aku meninggalkan semua benda tu. Aku buat, cuma adalah beberapa part cacat dan tak sempurna.

So kalau citer pasal manage suami, mestilah masa balik rumah. Kalau kat asrama tak dan weh.. Kau kau aku aku 〒_〒

Balik dua hari. Biasanya sebelum sampai rumah lagi husband dah bagitahu, ada baju dia koyak ke, kotor sangat kena basuh guna tangan ke, ataupun baju dia kena minyak so kena rendam awal supaya kotoran hilang dengan sempurna. Atau diabteringin nak makan kek tersedap aku ke. Hehe.

So aku akan faham2 lah kalau dia bagitahu tu maksudnya dia suruh aku prepare awal, takut tak sempat, yelaa cuti dua hari.
Tapi tapi tapiii.. Hehe. Aku insan lemah ni biasanya akan cuba sedaya upaya membuat kerja2 tersebut awal, tapi tapi tapiii biasanya jugak asekkk tak sempaaat aje hehe. (*>.<*)

Lagi2 bab basuh baju.
At last esok da nak balik, malam ni baru basuh baju, softlankan ia dan jemur dibawah ruangan tamu yang luas tu. Hehe jangan risau boleh kering dan wangi amat berbanding sidai di terik matahari.(*'▽'*)♪

Kalau rajin sikit (biasanya memang rajin sikit) , aku akan basuh hari sabtu pagi lah supaya kain dapat dijemur di bawah matahari nan terik tu.

Dan biasanya ahad pagi pun aku still ada basuh baju dan keringkannya di bawah terik cahaya matahari. Cepat je kering, around 2 jam hehe. ↖(^ω^)↗↖(^ω^)↗

Jangan risau abang, ayang ada cara tersendiri memanage keluarga kita. Walaupun lambat tapi perfect hehe.`(*∩_∩*)′
Tapi kadang kalau aku tak dapat buat kerja dengan sempurna contohnya tak dapat hilangkan minyak dengan berkesan, husband akan cakap, boleh buat tak? Kalau tak boleh pasni biar abang buat. ( ̄. ̄)
Memula aku rasa macam : alooooo.. >_<

Tapi lama2 fikir ooooo bagus jugak ek. Tu lah namanya saling melengkapi he he he. ^o^
Pastu kalau gosok baju biasanya aku akan gosok sekali gus. Baju suami aku semua  panjang2 sebab semua jubah2 belaka, bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, aku lebih suka iron semua sekaligus. So senang dia nak pakai boleh main pick2 aje. Kalau dah part aku malaih, maaflah baju suami gi solat pun tak bergosok ╥﹏╥ sebab tu kena buat sekali gus..

Kalau bab masakan pulak, (kalau baik hati aku masa tu) aku akan mintak suggest suami nak makan apa.

Contoh : Abang nak makan apa hari ni, ada ayam, udang, daging, puyuh? Dia akan jawablah dengan girang gira di hati rianya (*'▽'*)♪

Lepas tu pulak. Kalau macam pemanis mulut atau makanan saja2 tu, aku tanya jugak, tapi biasanya suami akan jawab : Ayang buat aje... Abang makan semua... Ni tanya2 tak buat jugak..
Hahahaha memang betuiii kalau aku tanya biasanya tak terbuat, kalau tak tanya terbuat hehe >_<  >_<

Okay itu saja. Konklusinya ikutlah macamana pun cara anda nak manage family anda, asalkan ia tidak menyusahkan anda, tidak menyusahkan orang sekeliling anda dan anda gembira dan selesa  dan happyyy membuat kerja tanpa rasa beban  dan rasa susah. Ok? Pehe?

Boleh guna semua cara termasuk cara aku yang paling brrrrrrr ni pun. Pehe? Pehe?

Semoga catatan ini memberi semangat dan rangsangan kepada anda yang bergelar isteri mahupun bakal isteri untuk terus menunaikan tanggungjawab dengan bahagia dan terus bahagia ╰(*´︶`*)╯╰(*´︶`*)╯╰(*´︶`*)╯

Semuanya kerana Allah.
Thank You
Assalamualaikum.

What Happend When Your Husband Is Your Best Friend?

Assalamualaikum..

Sebenarnya sekarang aku tengah rasa macam maalaaas sangat nak bersungguh-sungguh join aktiviti maktab. Contohnya esok ada class. Alaa nape ni..

Join tu pasti join, cuma semangat je takde, so main join jela maksudnya faham dak?

Tak pe takpe. Kalau aku lemah semangat cemni, aku suka ingat husband aku, nanti mesti aku jadik bersemangat balik hehe. Tapi bersemangat untuk hidup jela.. Bukan blajo ngatpon.. Jadi mari aku cerita pasal husband aku hihihi

Tajuk pun macam wow la sangat.wekk. Cuolls tahu kan who is ma aben? Ma aben is my husband in gedikss translation muehehe.

Ma aben asalnya adalah stranger yang jadi kawan sekelas aku kat ipg. Lama-lama kawan jadiklah kawan baik. Bila jadi kawan baik rasa macam sesuai ja jadikan isteri. Pastu kawen..Lepas kawen ehh makin jadi kawan baik pulak.

Haaa.. Jadinya.. Husband aku ni memang kawan baik aku. Lagi2 lepas kawen ni aku rasa aku lebih dan sangat2 selesa berkongsi semua benda dengan beliau. Eh beliau. Hehe.

Bekoz.. I love the way we love each other. I love the way we talk. I love the way we express our love. Banyaaak lagi i love. Malaih nak tulih hee.
Dan sbgai conclusionnya , i love u. Hehe.

Kadang tu kan, tengah berbual pun boleh duk kalut tersyasyul.  Contoh :

Abang, ayang nak keluar tengok kucing ni, awak nak ikut saya tak? Jom la sayang jom la jom la..
Hehe pening. Kadang aku kau pun nak terkeluar sebab sometimes gerammm je tengok mak ketom sorang nilah. Atau tengah citer pasal kawan. Yela kita pun kawan2 kan kat kelas hehe. Tu yang kena be aware sikit jangan sampai tersyasyul hehe.

Sometimes jugak kitorang borak malam2 sampai 2,3 pagi. Best moment ever. Baring sama2, muka pandang syiling. Dan mulut bercerita. Segala drama keluar. Tapi stay pandang syiling. Biasanya kalau cuti2 tu ada masa nak meluahkan perasaan sedih, suka, takut, geram, gembira dan macam2 lagi, kitorang akan borak lamalah macam tu.. Kejap kang nangis, kejap gelak2 kejap sama2 kepala berasap menahan marah.. Last sekali senyum puas hati dan tidur.. I love that moment. Aku rasa lega dapat citer kat suami..

Bestnyaaa. Micu aben...

Ok tu jelah. Malam makin larut. Suami aku dah tazkiroh tu suh bangun tahajud. Katanya kalau tahajud pun tak dapat babgun, tak risau akhiratlah namanya tu.. Kauu kena sebijik hehe.. (mungkin sebab dah dua malam bercuti di rumah, dua dua malam dia solat sorang2) he he he ≥﹏≤

Konklusi aku untuk tajuk kali ini ialah : When the hubby is ur bestfie, you will feel free to express ur love in soooo many ways.

Simple je. Over kan siap bak tulis dalam blog hehe.
Thats all.

Thank you
Assalamualaikum..

Sunday, February 1, 2015

Terkesan Dengan Hal Hidup My Senior

Assalamualaikum..

Ok nak updating blog hehehe. Alhamdulillah hidup aku semuanya berjalan lancar dan baik setakat ini. Dan alhamdulillah minggu ni husband bagi balik dumoh yeyyyy hihi.

Emm.. Lepas citer pasal sem baru hari tu, sekarang aku nak citer apa yang berlaku kat ipg islam..
Okay, hari ni, minggu yang sama kakak n abang 8 tahun lepas dengan kakak n abang sem 7 sekarang tengah busy dengan perkara yang sangat penting dalam hidup dorang dan aku jugak nanti iaitu posting dan praktikum last selama 3 bulan. Huaaa takut takut.

Jadi, adik2 yang tak adik sangat ni macam kitorang sem 5 ni sangaaat lah terkena jugak percikan - percikan bahangnya mereka seperti gementar, kegembiraan, kesedihan, keterkejutan, keeksaitetan dan macam2 lagi perasaan yang bercampur baur memenuhi ruang dada yang dah sedia sempit ni.

Lagi lah orang macam aku ni busy body... Konfem2 aku menyibuk nak tahu macam2 hal dorang hehehe. Mujur dorang rajin mengupdate status menceritakan perasaan2 dorang, pengalaman2 dorang dan perkara2 yang sukar dalam menempuh perkara baru dalam hidup dorang. Wuuu eksaited tau aku nak baca.

Jadi bila aku baca and tahu macam2 perkara termasuk rahmat dan ujian dalam hidup diorang, aku terpanggil untuk memberikan sedikit kata2 perangsang di dalam blog aku ni saje hehe.
Mari baca. Membaca amalan mulia.

Kepada kakak n abang seniorku sem 8 tahun lepas, saya dan suami mendoakan semoga allah mempermudahlan urusan kerja kalian. Semoga pk ok jer ok?

Bagi yang belum dapat dipostingkan, kami jugak mendoakan hikmah disebalik keputusan itu. Jangan berhenti berdoa, Allah saja nak test tu. Dan aku faham betapa kecewanya hati tatlaka melihat kawan2 lain semua dapat posting ke apa semua, tapi percayalah cakap aku, Allah sayang hamba-Nya yang dekat dengan dia. Allah nak kita merintih lagi, meminta lagi.. Jangan putus asa. Insyallah dan insyallah ada hikmah-nya yang lebih besaaaar menunggu. Hikmah tu khas untuk antum. Bukan orang lain. Jangan berhenti berdoa ok?

Lepas tu jangan lupa doakan urusan posting saya ngan suami dipermudahkan. Dapat posting awal, dapat tempat yang baik dan terbaik untuk kami, sekolah dekat so boleh duduk satu rumah. Dapat sekolah bukan di sabah swarawak atau mana2 pedalaman. Kalau boleh kat selangor ke putrajaya ke KL ke hehe. Pastu, Dapat sekolah best, tak memeningkan kepala hehe. Ameen. Banyak pulak minta doa. Bukan apa.. Iolls rasa macam iolls dah nak dekat posting dangat tengok ulls tau. Tehee.
Rindu kakak sem 8 batch abang muaz. Rindu rinduuu!!! Muax ciked.

Kepada kakak n abang sem 7 pulak.. All the best untuk praktikum 3 bulan korang tu ye. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian yang susah dan melicinkan kerja yang susah. Cett tak pandai buat ayat bombosbos sangat aku ni kehkehkeh.

Doakan kami jugak sem 5 yang baru nak praktikum ni. Doakan tau kitorang takuuut..

Bagi pihak aku sendiri, aku sebenarnya terkesan sangat dengan kakak n abang sem 8 tahun lepas sebab aku rasa dorang lah yang memang betul senior aku. Sebab bagi aku dorang punya umur macam canteeek sangat nak jadi abang n kakak kepada aku.

Kalau senior atas umur dorang, rasa macam jauh sangat gap.. Kalau senior sem atas kitorang pulak rasa macam kawan2 aje.. Sama2 kecik, sama2 besar..

Jadi, aku memang terasa sangat lah bahang panas membara diorang nak posting tu. Aku rasa macam oiii kejap lagi aku pulak nak posting oiii. Cepatnyaaa! Dan satu lagi bila tengok dorang dah posting rasa macam, Tanak praktikum huaaaa 

Ok banyaknya pot pet. Hehehee

Pastu senanya hari ni aku nak balik bangi dah ni. Bangi ni tempat yang best senanya.Tapi bagi aki seorang, dia jadi macam satu ujian kepada aku pulak. Aku rasa sebab status aku.

Bangi tu maksudnya ipg tau.

Contoh ujian : husband aku tak kan layan aku gediks2 punya kalau kat bangi. Dia jadik serius nooh. Tak mau kawan ! Haha. Tak delah. Baguslah.. Iita kan sama2 student kan..

Tapi payah jugaklah bagi aku sebab aku dah isteri sekarang. Budak bidak2 lagi, so banyak benda nak kena settle ngan hubby. Kang benda simple jadi susah nak settle sebab pengurusan ipg tak kasik ni tak kasik tu. Tu yang hubby jadi tak layan aku sangat tu. Umm. Huaaaa. Isk isk x pelah. Kata ujian kan..

Pastu ujiannya lagi : jarak jauh.

Jarak tempat is not not not tau. Bukan jarak tempat. Tapi tempat pun jauh apa. Kitorang bukan duk sebilik. Kalau ada problem bukan boleh duduk bercerita , nangis sama2, pujuk sama2.. Tak denya.. Semua tu mument kat rumah je.. Semua tu tak wujud pun kat ipg walaupun cuolls nampak kitorang dekat. Gi kelas jumpa. Malam kang hubby belikan makanan. Jauh senanya.. Isk isk..

Sampai tadi aku cakap, abang nanti dah sampai bangi mesti abang jadik garang semula kat ayang kan huaaa..

Tapi.. Tapi.. Tapi aku kena faham lah nape husband aku buat macam tu. Ingat suka2 ke.. Hehe.. Ok abang dont worry i understand bekoz u pandai amek hati i smola lepas garang ngan i. Much love u.
At last aku sedar, semua tu pilihan aku. Kalau aku tak nak berasa susah2 dengan suami bakpe aku kawin masa study kan.. So its okay. And thank you Allah for reminding me.

Cuma memang ujian kat ipg tough senanya. Aku ngan husband bestfriend apa. Boleh gaduh tumbuk sesama. Sama2 saling back up mempertahankan. Gelak giles giles. Aku suka kenakan husband sebab chomel hehehe.

Tapi bila kat ipg susah sikit sebab komunikasi terhalang. Tu yang jadik ni jadik tu. Padahal kitorang okayyy jer apa.. Huhuu.

Takpe. Moga aku dan suami thabat kekekeke. Aku berdoa semoga allah memudahlan urusan2 kitorang kat ipg dan merahmati hubungan kita ye abang. Allah tahu apa kita buat. Allah menyebelahi kita.

Jangan takut sayangku aisyah assiddiqah. Be taffff ok?

Le husband now tiduring krohkroh beside me. Hey u suka angat tidoq. Tak layan i pun. Majuk!
Tetiba haha.

Okay tu je kots.
I love u husband garang grrr grrr.
I love myself too.
And i love Allah more.

Thank You
For the pleasure of Allah.
Assalamualaikum 