Searching for ......

Tuesday, December 20, 2016

RESEPI IKAN KELI MASAK CILI PADI MENYENGAT

Assalamualaikum and Hai :)

One of my favvvv recipe! 
Okay resepi ni khas untuk anak-anak dara yang baru nak belajar masak, and kakak-kakak yang nak masak simple tapi sodap yak mat ok. Senang jer cara dia, guna akal sendiri pun boleh jadi hehe.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli 
  • Bawang besar dua biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Cili padi kampung (sebab nama dia menyengat so kena letak banyaklah, dalam segenggam hehe)
  • Tomato sebiji atau dua biji.
  • Air asam jawa


Cara -caranya :

Basuh ikan keli bersih-bersih. 
Kalau saya, saya suka potong and buang kepala.

Lumurkan ikan keli dengan tepung gandum macam gambar ni.
Tujuannya supaya hilang bau dan hanyir. 
Biarkan dalam 10-15 minit.


Sambil-sambil tu sediakan bahan di atas, bawang besar, bawang putih dan cili kampung.


Tumbuk semua bahan di atas. 
Kalau nak blend pun boleh tapi saya suka tumbuk, lebih berasa :)

Sedikan tomato. Saya suka potong kecil macam ni. 

Lepas tu basuh ikan keli daripada tepung tadi, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.
Lepas tu goreng garing-garing.

Kemudian, tumiskan bahan-bahan tadi. 
Masukkan garam. Tunggu sampai garing,

Dah pecah minyak boleh masukkan tomato. Gaul.


Sediakan air asam jawa sikit.

Lepas tumisan dah naik bau, tomato dah masak, masukkan ikan keli dan gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa yang telah disediakan tadi, gaul rata lagi.
Dan siap, boleh dimakan!

Senang jer kan? Bolehlah tengah hari nanticuba resepi ikan keli masak cili padi ni.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Thank you for reading!




No comments:

Post a Comment