Saturday, December 17, 2016

IKAN SIAKAP STEAM PALING SIMPLE


Assalam and Hai :)

Hari tu ibu ada beli ikan siakap. Ibu uruh masak siakap 3 rasa. Tapi tekak rasa taka mauuu sangat makan ikan siakap 3 rasa tak tahulah kenapa. Baby mama yang tak mau ke mama yang tak mau nih? Hahaa

So Aisyah pun rasa macam nak masak ikan siakap masak steam. Emm rasa nak memperkenalkan pada ibu and Kina my delicious ikan siakap steam. And you all jugak hihi. Sorrylah Aisyah memang suka sangat masakan diri sendiri. Hahaa lagilah masa preggy ni. So here my recipe :)

Senang sangat nak buatnya. Simple, mudah dan sihat. 

Bahan-bahan :

·         Ikan siakap seekor
·         Halia sebesar ibu jari
·         Cili kampung sebanyak yang awak mahu
·         Bawang besar 2 biji
·         Bawang putih 4 ulas
·         Daun limau purut 2-3 helai
·         Limau kasturi sebiji
·         Air asam jawa sikit

Cara-caranya :

1. Basuh ikan bersih-bersih. Better jangan dipotong nanti kurang cantik. Lumur garam sikit.




2. Halia, bawang-bawang and cili di potong kecil-kecil.



3. Sediakan empat men-steam (bawah ada air, atas tempat tenggek ikan). Didihkan air. 

4. Susun ikan cantik-cantik dalam bekas yang boleh digunakan untuk steam. Taburkan segala bahan yang dah dipotong tu. Atas bawah dalam ikan semua kena letak ye. 

 

5. Lepas tu Aisyah letak air sikit sebab I suka kuah. Up to you kalau taknak pun tak apa. Garam secukup rasa, air asam jawa. 

6. Lepas air dah mendidih, tenggeklah ikan atas tu. Tutup and biar dia masak. Not sure berapa lama tapi yang ni Aisyah buat 20 minit macam tu. Tengok mata ikan tu macam dah tersembul and putih macam tu dah masak lah tu. 

 

7. Pastikan ikan dah masak, rasa dulu, kalau rasa kurang sedap bolehlah tambah perasa hilal ke apa, kemudian angkat, picitkan limau kasturi tu sikit dan boleh dimakan. 


Senang  je kan? Senang sangat.. and makan panas-panas dengan nasi panas memang tiptop. Aisyah memang tak makan ikan jenis macam ni yang sejuk, lagi lah masa preggy ni dia tak mau lalu langsung. So better habiskan jer ikan sekali makan hehee. 

Nak bagi tips sikit : Cara Aisyah hilangkan bau hanyir ikan adalah dengan merendam dan menyalut ikan dengan tepung gandum seleum / selepas disiang. Senang je :)

Selamat mencuba tau! 

Thank you for reading!


No comments:

Post a Comment