Wednesday, December 21, 2016

TIPS / TANDA AWAL KEHAMILAN BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA

Assalamualaikum and Hai semua..

Entry kali ni best sikit sebab ia adalah antara pengalaman paling manis dalam hidup Aisyah hehee. Mengetahui yang Aisyah telah berbadan dua memang seronok, rasa macam tak percaya pun ada.
Sebenarnya, nak jadi ibu nipun ada instinct tau. Tak tahulah sebab Aisyah memang sedang berusaha dan menunggu ke, atau memang instinct tu hadir pada semua ibu.

Aisyah memang ada rasa : aku rasa aku pregnant ni kot.. And Alhamdulillah memang betul rupanya.
Memang ada rasa tu. And antara sebabnya adalah wujud beberapa tanda awal kehamilan yang terjadi pada Aisyah, mengikut ilmu yang Aisyah tahu and bacaan dari Google hehee.

Masa ni dah preggy dalam 3 bulan -/+ macam tulah tak berapa ingat.
Time ni nak jalan-jalan Alamanda, macam biasa.. Suami saya memang suka ajak gi Alamanda..



1. Keletihan

Aisyah student masa nih. Pergi kuliah jam 7.30 balik kuliah area waktu asar gitu. Kehidupan memang packed sebenarnya. Busy dan sibuk dan meletihkan. Malam pulak Aisyah ada class mengajar Iqra dan Al-Quran kanak-kanak di sebuah surau di Putrajaya. Jadi memang penat. Tapi biasanya im enjoying je my life. Takde rasa terbeban or penat sangat pun sebab memang tu life kita kan.
But tiba-tiba rasa keletihan tu melampau-lampau lah pulak. Rasa nak tidur je. Aisyah rasa benda ni after internship. Alhamdulillah AFTER hahaa. Alhamdulillah suami memng best, tak kisah pun. So Aisyah tidur jelah kalau rasa letih tu.

Tapi masa ni tak tahu lagi sebab pregnant, Cuma agak-agak je tapi tak pasti, so layan jelah tidur tu. Tak fikir apa pun. Cuma bila dah tahu memang pregnant, habis semua kerja rumah Aisyah tinggal hahaa sian suami. Sebab letih sangat.. Dia balik class sebagai student and sebagai cikgu, dua dua dia kena buat kerja rumah. Thank you husband! Hihii

2. Perubahan pada payudara

Ini pun Aisyah perasan jugak. Baca ni :
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, namun jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih tinggi sedikit.

3. Sering buang air kecil

Ini Aisyah tak sure sebab I am Shaklee consumer kan so of course minum air banyak. Dan sudah tentunya akan buang air pun banyak hahaa. Tak tahulah yang masa awal pregnant Aisyah kerap buang air kecil sebab yang mana satu.

Yang pastinya Aisyah tak pernah or sangat jaranglah (kang tak pernah tertipu pulak kan hehee) pergi tandas semasa lecturer sedang bercakap or semasa tengah kuliah. Tapi masa awal preggy ni Aisyah pergi tandas masa kuliah! Pelik nih! Mesti ada sesuatu.. :)

3. Kram perut / Sakit perut

Yup ini Aisyah rasa sangat. Sakit perut nilah yang menyebabkan Aisyah macam sure je Aisyah preggy. Tapi yang bercak-bercak darah ke apa tu Aisyah tak alami. Yang kram ni memang kerap. Sampai risau tau takut keguguran ke apa nauzubillah T.T Alhamdulillah tak da pape, yela sebab Aisyah memang merancang untuk hamil kan masa ni, so memang take care sangat pada diri sendiri hehe.

4. Kuat makan

Yup Aisyah rasa cravingggg jer nak makan apa-apa benda pun. Tapi takde spesifik benda apa. Contohnya takdelah terbayang cheese cake ke apa. Cuma kalau nampak makanan or waktu rehat dah nak dekat I was like wuwuwuwuuuu tazzabarssss nak pergi kantinnn nak makan nasikkkk!

Nasik je pun sebenarnya. Hahaa. Lauk pun lauk hari-hari sama. Tapi Aisyah tak kisah, yang penting AKU NAK MAKANG! Hehe

5. Tidak datang haid

Yeyy tak datang haid! Hahaa. Ini memang penentuan lah sama ada pregnant ke tak. Sebab 4 tanda terawal tadi kita alami sebelum tarikh period kita datang. So tak sure lagi..

Tapi Aisyah and husband memang kiraaa hari nak period ni tau. Tunggu punya tunggu, sampai hari sepatutnya period. Tapi tak period pulak. Ahh sudah, memberi harapan kepada kami! Hahaa

Aisyah tak nak bagi harapan pada diri sendiri and suami so Aisyah cakap kat suami : Maybe hormon kot lambat sikit period... Atau mungkin lambat sikit sebab cycly period Aisyah memang tak betul kan dari dulu..

Tapi tunggu punya tunggu, tak datang jugak haha. Dah dekat seminggu. Ahh sudah.. Ini dah macam bagi harapan menggunung tinggi nih!

6. Ujian kehamilan POSITIF!

Mula-mula tak sabar tau nak buat ujian air kencing. Baru lambat sehari dua. Tapi kakak ipar, Kak Aida nasihatkan better tunggu dulu, lewat seminggu macam tu baru check sebab biasanya kalau awal sangat tak jelas.

So kami tunggulah sampai 7 hari tepat. Masa tu hari jumaat. Hari tu kelam kabut sangat. Kuliah, lepas tu ada jamuan dengan mentor kami kat kedai Nasi Arab jauuuh nuu kat mana entah lupa. Luar bangi yang pasti. Sebelum tu kena belikan hadiah dulu untuk mentor. So sangat tergesa-gesa.
Nak dijadikan cerita, hari hujan, jalan licin, bawak kereta agak laju. Seperti yang telah Allah takdirkan, kami excident kat highway, langgar mercedes tak silap. Wawawaa pandai husband pilih kereta mahal ye =P

So urusan balai polis apa semua, balik sampai rumah tu tak seperti yang kita rancang. Sampai rumah after isyak. Penat sangat dari pagi sampai malam badan bekerja. So Aisyah decide untuk buat test tu pagi esok jelah sebab takut shock ke kecewa ke apa kan.

So esok paginya hari Sabtu, Aisyah check after Subuh, Alhamdulillah dua line merah :)

Terus bagitahu kakak ipar, Kak Aida, and dia tolong check kan dah berapa minggu mengikut tarikh pertama period pada last period Aisyah bulan lepas. Alhamdulillah usia kandungan dah 5 minggu. Alhamdulillah yeyy! Tak sangka sebab ingatkan kosong je rupanya dah 5 minggu ada makhluk Allah dalam rahim Aisyah :)

Lusanya hari Ahad, Aisyah and hubby pergi klinik swasta buat pengesahan, ya memang 5 minggu sudah Alhamdulillah terima kasih ya Allah..

So Alhamdulillah lagi sekali sebab Aisyah tak mengalami masalah yang kritikal or susah sepanjang dari awal kehamilan. Antara perkara biasa yang orag kata MESTI KENA, tapi Aisyah TAK KENA adalah :

·         Mengidam
·         Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
·         Deria rasa berubah
·         Mabuk hamil pagi

Alhamdulillah tak ada pulak tanda-tanda ni pada Aisyah. Syukur ya Allah kau permudahkanlah urusan aku sampai aku bersalin normal nanti ya Allah, sampai menyusukan anak dan seterusnya ameen..

Okay itu ajelah yang Aisyah dapat kongsi mengikut pengalaman yang Aisyah lalui. Saja Aisyah share mana tahu ada yang search – TANDA AWAL KEHAMILAN, dan yang sewaktu dengannya ke kan macam Aisyah dulu hehe.

Semoga entry ini membantu and Semoga kalian juga dapat merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Ameen..

Thank you for reading!


No comments:

Post a Comment