Searching for ......

Friday, January 20, 2017

Certain Day Talking : Tangguh dulu 40 hari.

Assalam and Hai semua 😁

Alhamdulillah setelah sekian lama Aisyah fokus kat blog, lately dalam 2-3 minggu Aisyah langsung tak dapat bukak apatah lagi menulis kt blog nih. Nak tahu sebab apa?

Sebab papa baby dah balik 40 hari πŸ˜‚

Alhamdulillah syukur balik dengan selamat dan keluar dengan gembira. Bahaa.

Kenapa balik awal? Kata 4 bulan?

Ha ni lah citer dia. Sebenarnya memang rancang 4 bulan. Dah siap semua benda dah sebenarnya. Tinggal beli tiket flight jaaa. Tapiiii tetiba ditangguhkan hasrat kejap sebab kami belum dapat tarikh yng sah untuk interview SPP. So nak pergi IPB pun rasa macam was was sebab takut kena panggil interview on the spot.

So langkah selamat, habiskan dulu 40 hari and tunggulah tarikh interview tu. And Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, dalam masa kurang seminggu, keluar sudah tarikh interview SPP Mama and Papa baby. Alhamdulillah 😊

Kami interview di JB 14 Februari ni. Bilik sama sesi sama. Tapi maybe group lain sebab ada lagi 18 orang sesi sama ngan kami so macam sure jugaklah tak segroup. Okay jugak kot hahaa. Sebab Ilys powerrr πŸ˜…

Okay itu satu Allah bagi nikmat. Alhamdulillah 😊

So dah tahu tarikh interview lah kan. Lebih kurang sebulan dari tarikh sekarang. So kami bincang2 inshallah Abang Ilyas akan ke IPB jugak after interview SPP, ikut jemaah 4 bulan. So niat nak keluar 4 bulan. Tapi kalau ada panggilan posting terus balik Malaysia inshallah.

So doa-doakanlah yng baik-baik ye. Mama and baby inshallah okay je 😊

Mama lagi suka Papa gi khuruj sekarang sebab memang tengah free kan. Rugi je duduk rumah entah buat apa lah agaknya. Or busy-busy pasal dunia. Malas nak fikir dunia ni banyak sangat benda yng menyerabutkan. Betul tak? Hahaa

So sementara ada peluang dan ruang ni baiklah jauhkan diri jap dari dunia. Hehee. Nanti dah kerja dah sibuk fikirlah banyak2 ye dunia tu sampai tak laratttπŸ˜‚

Okay itu sahaja coretan isteri Ilyas Rusman untuk hari ni. Papa gi Markaz ni Mama tengh tunggu papa balik, harap2 dia taknak makan sebab Mama malas nak gi dapur malam2.

Ohye lagi satu. Ni ada masa lapang ni sebab husband gi Markaz, Kina tengok bola so memang aku duk biliklah jawabnya 😊

Tapi setuju tak kalau Aisyah cakap : Bila ada husband di sisi komain busy, banyak benda tak sempat nak buat. Setuju tak? Entah apa entah yang busynya tapi memang banyak bendalah tak boleh siap. Contoh paling simple yang tak boleh buat tu adalah : blogging πŸ˜‚

Sekian. Kesian πŸ˜…

Okay tu jerlah. Thank you for reading! ❤️

No comments:

Post a Comment