Searching for ......

Thursday, January 5, 2017

Melindungin Masa Instruksional (MMI)

Assalamualaikum :)

Persediaan SPP.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

  • Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
  • Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
  • Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
  • Pimpinan sekolah


7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?

JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?


Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.


GOOD LUCK FOR INTERVIEW!

No comments:

Post a Comment