Searching for ......

Thursday, January 5, 2017

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Assalamualaikum semua :)

Persediaan interview SPP saya.

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.




17 Inisiatif Utama: 

1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
6. Piagam Guru termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
7. Pelaksanaan pelan induk CPD baru
8. Piagam Pemimpin Sekolah termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
9. Sekolah Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP + SISC ) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif termasuk infranstruktur supaya lebih mesra untuk berkeperluan khas
12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
16. Pengukuhan kurikululm Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
17. Perombakan dan penjenamaan semula program RIMUP

8 Inisiatif Tambahan: 

18. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
19. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
20. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
21. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta
22. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
23. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
24. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
25. Naik taraf infranstruktur asas bagi memenuhi standard

Nota kaki : Sebagai makluman, 6 inisiatif PPPM telah dicapai dalam 100 hari pelaksanaannya. Italic adalah berkaitan guru. Banyak juga istilah baru yang belum difahami oleh Cikgu Norazimah..hehe



Good luck for interview!


No comments:

Post a Comment