Searching for ......

Thursday, January 5, 2017

Rancangan Malaysia Kesepuluh

Assalamualaikum:)

Nota untuk interview SPP.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Lima teras

RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

  1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara


Intipati RMK10

  • RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
  • Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
  • Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
  • RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.
  • Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.
  • Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
  • Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis utama

  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


5 teras strategik

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.


Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

Baca lagi di SINI.

Good luck for interview! :)

No comments:

Post a Comment