Searching for ......

Saturday, May 10, 2014

Pemenang GiveAway By Ilyasiddiqah yeyh!

Assalamualaikum 

Hahah klako laa. Ada sorang je peserta, maka dialah pemenangnya yey!

Dipersilakan NUR ULAIYA SYAMIMI BT MOHD SHUKERI untuk menerima hadiah yang dia sendiri amekkan gambar dan edit untuk jadikan gambar dalam giveaway aku hari tu. Kihkihkih

Maceh Mimie always support me J

A for aisyah
B for my dear tunang

A: Saya buat giveaway mimie sorang je join haha
B: Tu laa .. kihkihkihkihkihkihkihkhihkihkihkihkihkih (maksudnya gelak sopan sopan tapi tak tahan nak gelak banyak banyak jugak)                                                                                                                                                                    

Aku bagitahu dia saja je sebab aku rasa macam dia dah tau giveaway aku takde sambutan, tapi dia tak ejek ejek aku lah. Dia tahu dan dia rasa lawak, tapi kesian pulak nak cakap ngan aku. So dia senyap je dan buat buat tak tau.

So jom gelak sama sama hahahahahhahahahahahha ngeng :p

Maceh Mimie. Maceh semua. Memang rezeki kau lah Mimie :D

For the pleasure of Allah

Thank You!
Byee

Tuesday, May 6, 2014

ESP Shaklee Memang Best!

Assalamualaikum semua...

Pernah tak uolls rasa letihhh memanjang masa hari kuliah?

Or pernah tak rasa macam tak dan je nak bangun stay up malam malam sebab tak de energy dah?

Haaa of course biasa kan bagi student student especially yang dah nak musim exam macam itew ni kan?

So hari ni aku nak cerita fasal ESP Shaklee :)



ESP Shaklee tu apa?

Macam aku pernah cerita dolu dolu, ESP ni adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protein dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Ia amat memberi manfaat kepada pelbagai golongan khususnya wanita. Dari gadis remaja, pelajar, wanita berkahwin, ibu hamil, ibu menyusu mahupun golongan berusia.

Kebaikan dan Kelebihan ESP :

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolesterol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser
16. Bertindak sebagai antioksidan
17. Menguatkan sistem imun tubuh
18. Mempertingkatkan tahap kolesterol baik
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
24. Membantu merendahkan paras kolesterol
25. Mencegah osteoporosis
26. Membantu pembentukan sel-sel baru
27. Membantu menyembuhkan gastrik
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut

Apa beza ESP dengan soya lain ?

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemak, tanpa kolesterol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi

Macam macam tau cara boleh minum ESP ni. 
Kalau aku upload semua gambar mesti korang tak sabau nak beli :p

Okay.
Dari feedback aku sendiri, ESP sedap. And bila kita minum kita akan rasa kulit kita jadi moist. Tau menatang apa tu? Moist tu macam kita rasa kulit kita lembut je, cantik je, bersih je. Gitu..
Haa, lepas tu, energy. Ia memang membantu aku. Kalau cuti sekolah kita duk rumah banyak benda kan kena buat. Masak basuh kemas bla bla bla. And bagi wanita yang macam aku ni selalu letih, so bila minum ESP ni alhamdulillah aku dapat extra energy dan banyak benda aku boleh buat.. hihi
Dan soalan yang paling kerap ditanya adalah berkesan ke?
Haaa meh aku jawab. Bagi aku sendiri, kalau kau nak hari ni minum esok jadi rozita che wan memang aku nak sekeh laaaa
Tak dak laaa gitu
Kesan yang paling awal aku boleh rasa adalah EXTRA ENERGY
Haaa ini betul dan fakta
Sebab kalau aku minum pagi ni, sepanjang hari ni aku bertenaga extra la, tak kan tahun depan baru bertenaga kan kihkihkih
Kalau bab yang jerawat and parut jerawat pulak
Dia ambil masa
Aku tak de feedback dari diri aku sebab alhamdulillah Allah kurniakan muka aku tak de jerawat
Kalau aku kata semua jerawat hilang kan nipuuuu nooooo hahaha

TAPIIIII....

One of my cust ada bagi feedback
Katanya kulit jadi mulus tulus
Korang ada tak bekas jerawat dolu dolu yang menyebabkan muka nampak macam tak bersih?
And kalau nak amek gambar kena guna camera 360 untuk tutup ketidaksempurnaan wajah tadi?
Haaa yang tula
Dia kata dah ok, dah kurang
Muka halus
Aku tengok pun gebu je semacam
Jeles tau i :p

DAAAN....
Dia telah pun repeat order ESP Shaklee tauuu
Sebab dia kata dia tak boleh hidup tanpa ESP
Haha omey je statement
Alhamdulillah. Itu semua kuasa ALLAH
Kita hanya berusaha kan kan :)


So aku apa citer pulak?
Haaaa, meh dekat aku citer
Walaupun ESP mempunyai berjuta juta kebaikan
Of kos dia ada buruknya
Haaa ayokkk dah takut hahaha

ESP ni bagussss TAPI....
Ada dose yang dibenarkan dan tak dibenarkan.. 
Ada golongan yang boleh and ad juga yang tak boleh..
Ada pengidap pemyakit yang tak sesuai minum ESP and ada yang memang elok sangat consume ESP..

Nak tahu awak tu sesuai ke tak? Nak tahu dose yang betul and cara consume yang betul?

Do whatsapp me now 011-33099034!

Thank You!
Assalamualaikum
Byeee  




Monday, May 5, 2014

Hari Pertunangan Ilyasiddiqah (13.10.13)

Assalamualaikum 

Hahaha. Tarikh yang dah lama dah tapi baru nak cerita
Aah, aku saja je cerita lambat lamabt sebab kalau cerita awal awal nanti banyak pulak cerita kurang enak didengar ke apa.
Sebab tempoh ikat kitorang lama
So bagi menjaga you ngan I sekali, kita cerita lambat lambat sikit
Macam aku cakap hari tu,
Biarlah basi di tarikh. Tapi tak pernah basi bagi aku hihihiii

Okay, bagi aku imbas kembali ye.
Bla bla bla bla dan,
Aku dengan encik tunang pun merancang untuk bertunang.
Sebenarnya dah lama jugak kami merancang.
Cuma disebabkan ada beberapa halangan seperti jarak yang jauh antara Terengganu dan Johor tu
Menyebabkan kami tunda 
Sebab tak nak menyusahkan pihak lelaki
So sampai lah cuti raya haji tahun lepas tahun 2013

Allah permudahkan jua akhirnya 
Alhamdulillah..

Kami buat simple simple je..
Kitorang pun student kan
Kami mengukur baju di badan sendiri lah


So inilah hasilnya,
Aku pun segan lah nak pakai baju cantik cantik sangat macam orang nak kahwin kan
Sebab kami pun tak lah rancang 

Tak rancang? Cane tu?

Oh ok macam ni
Kami rancang, you datang dulu rumah I and lepas tu kita bincang
Kalau keputusannya kita kahwin dalam 2 3 tahun lagi
Tujuan datang hari tu bukan bertunang lah,
Merisik je..
Tapi kalau kita bincang punya bincang dan setuju kahwin dalam masa terdekat ni,
Kita bertunang lah heheheh
As simple as that
So disebabkan aku masih lagi tak tahu apa yang berlaku pada hari tu,
Aku pun segan lah nak pakai kerawang kerawang bagai
Kang tak jadi bertunang, kau nak letak mana muka kau tu haha

Tapi aku okay jer dan bersyukur
Sebab aku rasa baju aku cantik (bagi akulah haha)
Aku pakai jubah masa raya hari tu
Lepas tu tudung aku baru beli dekat Tewah dalam The Mines hari tu bersama kawan kawan
Kami berempat semua beli kain tudung ni 
Warna dia aku suka
So aku rasa aku cantik dah ahahhaha

Tapi yang paling tak boleh blah sekali adalah
Kami punya baju tak sama colour masa bertunang tu 
Tahu tahu je lah aku ni perangai cemana
Aku bukan jenis yang teliti sangat aku rasa
Sama dengan encik tunang
Dedua lupa nak atur pakai baju bagi sama
Aku pelik sampai hari ni hahaha

Masa tu aku pakai baju colour merah merah
And encik tunang pakai baju colour hijau ke biru gitu

Apa daaaaaaaa

Nak tengok gambar tak hehe
Ada gambar tapi semua blur

Aku rasa dah perfect dah majlis tunang aku ni
Tapi silap kat gambar je
Ingat camera camera biasa handfone ni boleh menghasilkan gambar yang cantik
Yelaa semua guna ipong, tab, android dan sewaktu dengannya kan
So aku macam yakin lah jugak
Tapi tak setaraf rupanya dengan camera DLSR
Maka jadilah gambar gambar aku tak berapa jelas dan kena edit bagi nampak lobang idong sikit
Kalau tak gelap dan amat meyedihkan huu T.T

Kita dengan Markonah. Adik kita yang paling disayangi hihi

Nuha nape tak tengok cameraaaa


Ni masa mula mula Nyaie sampai rumah. Nyaie terkejut, pastu nanges pastu kita nanges sama sama T.T
Yelaa, masing masing terkejut dengan majlis kami ni haha.




Kina, ibu kita yang tersayang dengan Bik Yati tengah tengok kita disarungkan cincin :3

Tuuu kita 

Abaikan gambar orang yang terselit kat tepi tu ea :p
Yang baby ni adik ipar kita haha omey kan omey kan famili kitaa


Ni kita salam bakal ummi mertua kita. Cantik kan ummi kita
Harapnya cucunya pun cantik macam nenek dia hehehe


Tengok budak tecik tuuu, tak hirau pun apa berlaku sekeliling dia haha
Lantak pi la depaaaa
Yang comey depan sekali ni bakal kakak ipar kita. 
Nama kita sama Aisyah jugak
Tapi kak Aisyah bijak lagi sebab bakal doktor, kita cikgu jee...


Okaay, ni hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan.. 
Kita zaman moden takdan nak letak bakul bakul bagai.
Guna bekas cenggini je senang, lagipun boleh digunakan.
Bijak Ummi to be kita <3 haha


Ni last,masa rmbongan lelaki dah balik.. semua kelihatan berpuas hati dan bersyukur.
Aku? Exited wuuuuuu dah jadi tunang orang haha

Sekejap je exited pahtu duk takut takut nak jadi bini orang pulak haha


So now alhamdulillah..
Aku bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan kami
Lepas ni kita update pasal nikah pulak.

Kami mengharapkan doa dari semua pihak,
Guru guru, kawan kawan, saudara mara, dan juga pembaca  blog ini (kalau ada kahkah)

Semoga dengan ikatan ini akan dapat memberi manfaat kepada diri kami dan orang lain insyaAllah. 

We love uolls 
We love Allah

For the pleasure of ALLAH


Assalamualaikum 
Byee 


Saturday, May 3, 2014

Alhamdulillah.. Road To My BIG day!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
Akhirnya semalam aku dah pun bagitahu satu Malaysia yang ada majlis untuk aku bulan jun ni :3
Alhamdulillah. Malu la titew

Nanti aku akan buat satu entry khas untuk cerita fasal pertunangan aku beberapa bulan lalu..
Haha memang dah lama
Basi dah tarikh nya..
Tapi tak basi bagi aku kikiki

Akan ku abadikannya sebagai memori yang terindah sebagai diri aku
Nanti anak anak ibu baca ekkk cane ibu tunang ngan ayah dulu :p


Okay, nanti kita panjang panjangkan lagi cerita kaayy
Nak carik gambar time bertunang.
Mana tah ahahaha

Teringat dulu masa mula mula kenal tunang kita, dia selalu sebut

EVERYTHINGS GONNA BE OKAY :)

Heheee. Bila aku dengar je ayat tu tak kira lah aku cakap untuk diri aku sendiri pun, aku akan rasa tenang sikit, rilex sikit :)

Thank You!
Hehee. 
Byeee. 

Monday, April 7, 2014

GIVEAWAY BY AISYAH ASSIDDIQAH


Assalamualaikum.

Saya nak buat giveaway untuk pertama kalinya. Jom ajak kawan join reramai..


Syarat syarat : 
1. Malaysian.
2. Follow blog saya dengan ikhlas :p
3. Buat entry pasal giveaway ni dengan tajuk yang kat atas tu.
4. letak banner ni sekali, pastu link kan dengan entry saya ni.
5. Letak url entry anda dalam comment box saya, nanti Saya akan publish.

Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tamat yang dinyatakan di atas. 


Saya cuma sediakan satu hadiah jer, nak tengok penerimaan bloggers2 lain dulu. Hehe. Hadiah yang disediakan adalah pendrive 8 gig  tauu, bukan camera. Cuma bentuk dia camera, so cute kann. Kalau buleh kito pom nok gok, tapi dop buleh plop. 

And pemenang saya akan pilih secara random. So sesiapa yang jadi pilihan Allah tu dialah yang dapat hadiah pendrive ni ye.

Sila gunakan untuk benda yang bermanfaat, kepada sesiapa yang dapat sebab penat haku pikiaq hadiah apa yang bagi manfaat pada korang ni huhu

Good luck semua.
Solat solat hajat sikit, duha sikit, kot kot Allah pilih ke kan. 

Thank You
For the pleasure of Allah 
Assalamualaikum.