Friday, December 16, 2016

Kenapa Anda Perlu Memilih ESP Shaklee?

Assalamualaikum an hai semua :)

Yeyy hari ni turn ESP pulak! Walaupun dah share tiga entry sebelum ni tapi tetap rasa nak ceritaaa lagi pasal ESP sebab memang tak mengecewakan! Banyak lagi yang Aisyah boleh share sebab i am Esp hardcore consumer hehee boleh tak macam tu ayatnya?

Sebelum  ni Aisyah ada share mengenai kebaikan ESP di SINI, pengenalan and resepi ESP di SINI dan my own FEEDBACK on ESP is HERE :)


Actually today Aiyah and my beloved sister Sakinah berpuasa, sebab kami kena ganti puasa cepat cepat sebelum baby makin membesar dengan sihat dan jayanya. So kita kuatkan semangat juga and mulalah berpuasa hari ni.

Tapi malam tadi kami tidur kampung, kami tak bawa ESP huaaa

Kiri Kina punya, kanan Ika punya hehee

Kinah cakap masa sahur tadi : Alamak ESP tak di bawak! Macamana nih? T.T
I pun jawab : Tak pelah hari ni kita makan kurma sebagai ganti. Inshallah berkaaaat makan kurma.

And alhamdulillah sekarang dah petang masih maintain ok perut kami. TQ baby memahami mama awak2 nih.

So today I nak share about KHASIAT UTAMA ESP SHAKLEE.

Ni antara BEST RECIPE ESP :)



Ada 7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu awak tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Boleh gandingkan ESP dengan mana-mana minuman kegemaran awak :)


7 KRITERIA MEMASTIKAN SOYA YANG ANDA MINUM SELAMAT

1. Kacang soya tumbuh & membesar secara organik.

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK menggunakan baja kimia dan racun pestisid. Ia mempunyai kandungan nitrat yang tinggi- membawa risiko KANSER!

2. Kacang soya tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan.

3. Mengandungi 9 asid amino perlu.

Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan akan terganggu.

4. Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes dibersihkan dgn air bukan dengan alcohol.

Isoflavone mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate. Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang.

5. Bahan anti-tiroid disingkirkan.

Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua bahan ini menggangu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

6. Proses pembuatan soy protein tanpa pemanasan.

Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% amino asid amino. Kekurangan acid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita.

7. Protein soya itu ditambah dgn unsur kalsium.

Kajian melaporkan bahawa serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha protein tidak menambah cukup kalsium dalam produk soya yang mereka hasilkan.



ESP menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat:

• Ditanam secara organik
• Non-gmo
• Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain
• Dibersihkan menggunakan air
• Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
• Diproses tanpa pemanasan

• Ditambah dengan kalsium 500mg

SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP SHAKLEE?

·         Ibu mengandung – makanan nutrisi yang terbaik, membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
·         Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan ESP yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
·         Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
·         Pelajar / pekerja / individu dewasa / warga emas - penambah tenaga / energy booster
·         Penghidap kencing manis
·         Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit
·         Orang yang alergik atau alahan.
·         Wanita ingin menguruskan badan


ESP sangat sesuai digandingkan dengan mana-mana supplement Shaklee yang lain untuk memberikan kesan yang lebih baik :)

PERBEZAAN ESP DENGAN SOYA LAIN dengan kata lain, KENAPA AWAK PERLU MEMILIH ESP SHAKLEE?

  • Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin.
  •  Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

APA AKAN BERLAKU JIKA TIDAK CUKUP PROTEIN DALAM BADAN?


  • Rasa lemah, lesu, tak bermaya, akhirnya menggeletar.
  • Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah, jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

KEBURUKAN ESP SHAKLEE

Kesan negatifnya berlaku bila kita beli tapi tak minum membazir, tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya, tak ikut dose yang betul, tak konsisten, tak minum air cukup. Rugi, sedangkan mudah sedap kenyang. Bila semua kita tak tak tak tu, tak nampak hasil, bila tak nampak hasil, kita jadi negatif, down, lepas tu buat sekerat jalan, hangat hangat tahi ayam. macam mana nak dapat manfaat yang awak nakkan tu? 

Jadi, untuk dapatkan THE BEST PRICE and THE BEST CONSULTATION boleh hubungi Aisyah ya. Inshallah I will guide you sampai Allah bagi kebaikan pad you :)

Aisyah 01133099034
Shaklee ID : 1091965



No comments:

Post a Comment